12/1/19 - 1/1/20 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 12/1/19 - 1/1/20
Produk Premium By Duta Kelantan

Produk Premium By Duta Kelantan

Seriously sangat2 recommended πŸ†

Sesiapa yang duk kawasan kota bharu pasti mengenali bakers terkenal, Duta Kelantan
InsyaALLAH tidak akan mengewakan hati bagi penggemar cake, puding raja, pavlova, makanan makanan italy dan lain lain.

Dengan bahan bahan yang digunakan dari jenis premium, InsyaALLAH kita akan berpuas hati dan akan repeat kemudian hari. Hehe

Bagi yang berminat boleh search IG @dutakelantan atau hubungi +60 11 1065 0509 untuk menempah.
Atau anda juga boleh singgah ke cafe ; Yaya.cakes
411, Jalan Kubang Tuman, Taman Perbandaran Tengku Anis Kota Bharu

The.Manisz Chocolate Dip Cookies

The.Manisz Chocolate Dip Cookies

Chocolate Dip Cookies by @themanisz
πŸͺπŸͺπŸͺπŸͺπŸͺ
Harga ; Rm25.00

Harga Cadbatik ; Rm 18.00
Cod sekitar kotabharu ; Rm 4.00 πŸš—πŸš—πŸš— 

Bagi pandangan ann, boleh makan. Hehe
Tapi tak sampai level taste Ann dan Mohd Khairi MegaTransformasi Timur lagi tuh. 
Kalau anak anak, on jerk πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Bagi sesiapa nak cuba, boleh contact num di bawah yaa..
Whatsapp now!  
www.wasap.my/601110010329/themanisz
β€œRoti Mozza” di Warung Oren

“Roti Mozza” di Warung Oren

Warung sedap di Kubang Kerian, Warung Oren
Kenapa dikatakan warung sedap? Sebabnya disini terdapat roti yang lain daripada lain iaitu Roti Mozza Beef, Carbonara dan juga Sardin. Kalau ann dan suami ke sini memang akan order roti ini untuk bersarapan pagi kerana ianya tiada di kopitiam/warung/cafe lain. 1 lagi keunikkan yang dipekenalkan oleh Noraidah Abd Kadir bagi menarik pelanggan dengan terhasilnya roti baru “Roti Mozza Carbonara” 
Kalau sebelum ini kita biasa dengan menu “spaghetti” tapi kali ini dengan memakan “roti”. Walau ianya roti sangat mengenyangkan. Harga untuk 1 pinggan hanya lah Rm 5 sahaja. 

Cuba la singgah ke “Warung Oren” yang bersebelahan KFC Kubang Kerian. Warungnya betul betul tepi jalan sahaja. Mudah nampak dengan adanya signboard. Terdapat juga pelbagai pilihan yang ada di situ. Orge kelate oyak “macey macey” ado. Rambang mata, “sero nak belako”. Kuih pun sama! InsyaALLAH tidak menghampakan hati semua.

Terima kasih juga untuk 1 mug “Roti Coping” yang dihiasi Olaf. Harraz mula excited dengan kehadiran roti ini.

Mohd Khairi MegaTransformasi Timur
Search : Warung Oren

Page : https://m.facebook.com/profile.php?id=141180186244701
Jejak Sang Tawal - Berbusana Menelurusi Sejarah

Jejak Sang Tawal - Berbusana Menelurusi Sejarah

Jejak Sang Tawal - Berbusana Menelurusi Sejarah

(Gimik VM2020 & Visit Kelantan 2020)

Tourism Malaysia Wilayah Timur(TMWT) melalui TIC Kota Bharu, Kelantan dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan, Jabatan Kraftangan Malaysia Negeri Kelantan, Jabatan Muzium Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Persatuan Busana Negeri Kelantan telah menganjurkan program ‘Jejak Sang Tawal’ - Busana Menelurusi Sejarah sempena Visit Kelantan 2020 dan Visit Malaysia 2020 pada hari ini, 21 Disember 2019(Sabtu) bertempat di Kampung Kraftangan, Kota Bharu, Kelantan.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Arifin Bin Haji Hussin, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan mewakili Yb Mejar Dato' Md Anizam Ab Rahman, Pengerusi Jawatan Kuasa Perpaduan Masyarakat Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan.

Program Jejak Sang Tawal diadakan bertujuan untuk menghidupkan kembali sejarah dan budaya tradisi masyarakat zaman dahulu kepada generasi muda terutana genarasi millenia untuk mengenali sejarah budaya nenek moyang mereka. Selain daripada itu, program ini untuk mempromosi dan mengggalakkan pelancong domestik dan antarabangsa untuk mengenali zon pelancongan Kota Bharu yang telah lama sedia ada serta menjadikan muzium muzium sebagai produk utama dan wajib dilawati dalam mengenali kewujudan Zaman Pemerintahan Negeri Kelantan.
Program selama satu hari ini melibatkan lebih dari 300 orang peserta yang terdiri pelbagai cabang budaya seperti Persatuan Busana Kelantan, Persatuan Silat, Persatuan Pendikir, Persatuan Gasing, Persatuan Kertuk & Rebana Ubi dan lain lain.

Antara aktiviti aktiviti yang diadakan sepanjang program adalah seperti ;
1) Senaman Tua
2) Perarakan Berbusana 
3) Pertunjukan Busana
4) Demontrasi Kuih Tradisional
5) Pertandingan Mewarna Batik
6) Pertandinhan Sefie Berbusana
7) Persembahan Silat
8 )Pertandingan Ayam Ratu
9) Gerai Jualan Barangan Kraftangan dan makanan.
#JejakSangTawal
#Singgora
#TMK2020 
#TahunMelawatKelantan2020 
#VisitKelantan2020  
#KelantanDiHati
#VisitMalaysia2020 #VM2020
#MyTravelMediaBuddy
#tourismkelantan 
#niknurehandotcom
#MEDSOS_VENTURE

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com