9/1/19 - 10/1/19 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 9/1/19 - 10/1/19
Cuti Cuti ke Pantai Sri Tujuh

Cuti Cuti ke Pantai Sri Tujuh


  • Boating. The lagoon has a centre for hiring paddle boats.
  • Eating. Those who don’t bring their own picnics can find restaurants here where grilled fish is the speciality.
Jom kepantai sri7...

#Sukan air
#Rekreasi
#Rehat-rehat
#Makan-makan

 

 



Kadar bayaran yang dikenakan untuk tempoh masa 20 minit berjarga Rm20. Rasanya tidaklah mahal berbanding pengalaman dan keseronokan untuk anak-anak. Bukan selalu pun. Hehe...



Pantai Sri tujuh, Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik di Daerah Tumpat.
Pemandangan di bawah pohon rhu juga sangat cantik.








Hari minggu adalah waktu paling sesak di sini apabila pelawat membanjiri kawasan pantai. Kawasan pantainya yang luas juga membolehkan pelbagai aktiviti kekeluargaan seperti sukaneka dan perhimpunan keluarga diadakan. 


Keindahan semulajadinya memberikan ketenangan kepada sesiapa yang berkunjung. Duduk bersantai melihat pemandangan pantai ini juga mampu melenyapkan bebanan kerja yang bersarang di fikiran.





Aktiviti

  • Fenomena tujuh teluk yang tidak boleh didapati di tempat lain
  • Pelbagai aktiviti sukan air termasuk berenang
  • Bermain bola tampar
  • Berkhemah
  • Pertandingan wau Antarabangsa
  • Melihat aktiviti nelayan menebar jala dari tepi pantai
  • Bot ski
  • Menikmati panorama laut
  • Berkhemah sambil memancing ikan
  • Muzium Wau Kelantan
Manakala, bersebelahan Pantai Sri Tujuh, terdapat satu lagi pantai yang dikenali sebagai Pantai Geting. Pantai Geting ini juga terkenal dalam masyarakat Melayu dan sering dijadikan sebagai destinasi berkelah bersama keluarga.

Di Pantai Geting ini juga, sering diadakan acara-acara yang pastinya akan memukau hati pengunjung. Antara acara yang sering diadakan di Pantai Geting ini ialah Pesta Wau kebangsaan. Pesta ini tidak pernah mengecewakan pengunjung dengan adanya pelbagai jenis wau yang dipertontonkan.
Kaki Kambing Ayman Restaurant memang POWER!

Kaki Kambing Ayman Restaurant memang POWER!

No photo description available.


Salam dan Selamat Pagi Hari Ahad Semua. 

Pagi ini anda semua sudah ada idea ke nak makan kat mana? 
Kalau belum ada idea sila baca post ini!

Pagi ini kami singgah Breakfast di Ayman Restaurant. Di mana tu? 
Anda semua blh like page Facebook nya di link https://m.facebook.com/aymanrestoran/

Like Jangan tak like tau!
Hari ini kami nak cerita total harga yang kami semua makan di restaurant ayman ini. 
Tadi kami oder menu makan dan minum
Air teh o beng 2 gelas +
Nasi Lemak ayam +
Kari kaki Kambing + 
1 tok sey + 2 keping capati= Total Semua RM21 sahaja.
Betul2 Berpatututan kan, kepada yang belum cuba tu blh la datang sini. 

Kepada anda semua yang tiada idea nak makan kat mana? Boleh lah follows Facebook ini dan 
Jangan Lupa Layari Blog ini yer.
http://www.niknurehan.com

Kami akan kongsikan lebih banyak info info menarik untk pomosi #visitkelantan2020



 




Almarhum Sultan Ismail Petra selamat disemadikan.

Almarhum Sultan Ismail Petra selamat disemadikan.






Jenazah almarhum diarak menaiki pedati dari Istana Balai Besar pada pukul 5 petang dan tiba di Makam Diraja Langgar, 3.4 kilometer dari situ kira-kira sejam 30 minit kemudian.
Pedati tersebut ditarik oleh 40 anggota tentera dan diiringi 40 ulama yang membawa payung; kaum kerabat; pembesar negeri serta anggota polis. 
Sepanjang perjalanan, cuaca mendung manakala rakyat jelata dapat dilihat berbaris di kiri dan kanan sepanjang laluan pedati khas yang membawa baginda.







Almarhum Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra dibawa Pedati Diraja

Almarhum Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra dibawa Pedati Diraja














Ribuan rakyat Kelantan yang bersedih di atas kepergian Sultan Ismail Petra berbaris di sepanjang jalan untuk memberi penghormatan terakhir.

 


Pedati khas yang membawa jenazah diiringi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergerak meninggalkan pekarangan Istana Balai Besar kira-kira jam 5 petang dan tiba di pekarangan Makam Diraja Langgar yang terletak sejauh 3.4 kilometer dari istana, kira-kira sejam 30 minit kemudian.
Ribuan rakyat jelata berbaris di kiri kanan jalan sepanjang laluan digunakan pedati khas membawa jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra.

Atas perintah Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, perkabungan kerana kemangkatan Almarhum Sultan Yahya Petra dimulai hari ini dan berlangsung selama 40 hari.
Katanya, bendera negeri dan bendera lain hendaklah dikibarkan setengah tiang dalam tempoh itu.
“Pejabat kerajaan, gedung perniagaan, sekolah dan pertubuhan yang sempurna hendak ditutup selama tiga hari bermula hari kemangkatan (hari ini), manakala segala bentuk permainan hiburan hendaklah dihentikan selama tiga hari selepas pemakaman.
“Permainan pentas secara sambilan, pertunjukan untuk derma dan sukan tidak boleh dilangsungkan sehingga 40 hari,”


 

Tiga ulama Kelantan, masing-masing Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie Negeri Datuk Daud Muhammad dan Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Muhamad Hana Pizi Abdullah diberi penghormatan membacakan ayat-ayat suci al-Quran di atas Pedati Diraja.



Jenazah Almarhum Sultan dibawa dengan Pedati Diraja yang ditarik sejauh 4 kilometer oleh kira-kira 50 anggota keselamatan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Makam Diraja Langgar dari Istana Balai Besar di sini.



Sebanyak 72 das tembakan meriam turut dilepaskan mengiringi jenazah Sultan Ismail Petra ke Makam Diraja Langgar.
Jenazah Sultan Ismail Petra kemudiannya disemadikan bersebelahan makam bapanya, Sultan Yahya Petra.

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com