Takut orang kata, takut malu, takut untuk berubah, takut gagal..
Mungkin pada kita pangkat itu amat penting, tapi dari pandangan Allah itu kita sama sahaja tak berbeza yang berbeza hanyalah amalan kita. Kaya dan miskin itu juga adalah ujian dalam hidup kita. Jika kita kaya bagaimana jika bawa ke jalan kebaikan ? Jika kita miskin bagaimana kita mahu bersyukur dengan rezeki Allah ?
ALLAH tidak memandang pekerjaan kita dari sudut tarafnya (atas atau bawah).Tetapi ALLAH memandang bagaimana kita mengerjakannya?Halal atau Haram?Reda atau dendam?Ikhlas atau terpaksa. Dari situ,ALLAH Kurniakan rezeki mengikut ketulusan kita. Jika kita rajin, Insya allah, ALLAH berikan lebih.Bukankah ALLAH sudah berjanji,jika kamu bersyukur,Allah akan lipat gandakan rezeki kamu.
Kita juga pendosa. Pendosa yang inginkan syurga. Jangan ungkit lagi kisah di masa lalu. Biarkan ianya berlalu. Sekarang fokus pada masa depan, takdir Tuhan itu indah. Jangan berhenti untuk berubah kerana pengakhirannya pasti indah. Insyaallah