MAE adalah singkatan kepada Maybank Anytime, Everyone, sebuah bank digital yang mudah dibawa ke mana sahaja bersama tetapi dengan banyak ciri menarik termasuk menjejaki perbelanjaan dan menabung secara berkumpulan.
Orang yang tak ada akaun Maybank pun boleh gunakan MAE ni sebab ia ada nombor akaunnya tersendiri, macam T’nGo, Boost dan GrabPay jugalah. Jadi, kita boleh topup macam E-wallet dari bank lain macam biasa.
Cara Daftar MAE Maybank
- Download MAE Maybank di Google Playstore atau Apple iStore
- Setelah selesai download, buka aplikasi tersebut
- Sila login akaun online banking Maybank jika ada
- Akan ada menu “Say Hello To MAE”, sila klik menu tersebut
- Sila klik pada “Experience MAE Now”
- Selepas itu sila isi maklumat Email, Negeri dan nombor Invite Code jika ada.
- Anda perlu tambah nilai Maybank E-Wallet minima RM10 untuk pengaktifan.
- Sila klik “Savings Account” dan masukkan jumlah RM10 minima dan klik “OK”
- Kemudian sila klik “Proceed” dan klik sekali lagi “CONFIRM & PAY”. Done
- Sekarang akaun Maybank MAE E-Wallet sudah diaktifkan.
- Anda boleh klik “My Dashboard” untuk mengemaskini setting, menggunakan pelbagai lagi fungsi yang ditawarkan.
Ciri, Fungsi & Kelebihan MAE Maybank
Antara ciri-ciri dan kelebihan E-Wallet Maybank ini adalah seperti berikut:
1. Pembayaran Menerusi QR Pay
Pembayaran menggunakan QR kod ini pastinya memudahkan anda untuk melakukan transaksi. Menerusi MAE, anda perlu melakukan tetapan dahulu agar anda dapat memantau transaksi dan menetapkan had limit transaksi.
Cara mengaktifkan QR PAY MAE Maybank
- Anda perlu klik pada logo M di bahagian bawah sebelah kanan
- Pilih akaun bank atau kad kredit untuk cara pembayaran QRPAY
- Tekan “Agree & Proceed”
- Tetapkan had penggunaan (limit) untuk QRPAY
Cara buat bayaran QR PAY MAE Maybank
- Pilih “Money Out”
- Pilih “Pay with QR”
- Imbas QR code
- Masukkan nilai yang ingin di bayar
- Transaksi akan diproses
- Siap!
2. Jejak Penggunaan Wang
Dekat bahagian Expenses kita boleh track balik cara penggunaan duit anda.
Semua transaksi yang anda buat melalui Maybank akan direkodkan sini mengikut kategori iaitu Financial, Food & Beverage, Other Expenses, Home & Property, Transportation, Medical, Services, dan Entertainment.
Susunan kategori ini dapat memberi gambaran lebih mendalam tentang perbelanjaan wang kita.
3. Kongsi Jumlah Bayaran Dengan Rakan / Split Bill
Ya, anda boleh membuat pembahagian bil, meminta dan menghantar wang kepada mereka dan berkongsi segala butiran melalui Whatsapp, Telegram, Messenger dan sebagainya.
Rakan-rakan dan keluarga anda diberikan masa selama 30 hari untuk melakukan pembayaran pembahagian tersebut kepada anda.
Cara guna Split Bill MAE Maybank
- Anda perlu klik pada money in
- Pilih Split Bill
- Pilih teman yang anda ingin berkongsi pembayaran bil tersebut.
- Anda boleh melakukan pembayaran sama ada secara sama rata(equally) atau berasingan (separately).
- Bagi separately, anda boleh memasukkan nilai yang ingin dibahagikan antara teman anda.
4. Tabung Simpanan
‘Tabung’ adalah satu lagi ciri baharu yang diperkenalkan untuk membantu pelanggan Maybank menyimpan duit secara konsisten dan berkala mencapai matamat mereka.
Ini, katanya membolehkan amalan menabung menjadi lebih senang, progresif dan mudah contohnya untuk nak buat belanja perkahwinan atau percutian.
Terdapat 2 jenis ‘Tabung’ yang boleh dibuka iaitu
- individu
- kumpulan
Cara buat Tabung MAE Maybank
- Pergi di bahagian ‘MORE’.
- Create ‘Tabung’ dan pilih kategori yang anda nak contohnya ‘Shopping’, ‘Travel’, ‘Roadtax’ atau boleh tulis sendiri apa yang kita nak.
- Kemudian pilih bila anda nak mula menabung dan bila anda nak tabung anda penuh.
- Amaun berapa RM sebulan yang anda kena simpan untuk capai target tabung anda akan dikira secara automatik.
- Kemudian anda juga akan diberi pilihan sama ada nak menyimpan dalam tabung sendirian atau anda nak menabung dengan orang lain.
- Pilih akaun mana untuk auto-deduct. Siap!
NOTA: Jangan risau, kalau ada kecemasan, kita boleh guna duit dalam tabung ini dan keluarkan seperti biasa.
KREDIT : https://harianpost.my/