Assalamualaikum kepada para pembaca blog.
Hai, apakahbar semua. Rasa macam sudah lama tak update blog sejak april lagi. Bukan apa Mama An busy dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah nak habis ini. Rasanya semua ibu ibu yg bekerja ataupun suri rumah mesti merasai kan. Lebih lebih lagi kita yang ada anak kecik.
Baru siap menyapu, tak smpai sejam dua dan “kubey” balik. Aiyayaya.. mula la Mama

an rasa nak “menyinga”. Haha
Hari ini sudah 7 syawal kan??.
Walaupun hari raya sudah seminggu, Mama An rasa belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua pelawat blog. Walaupun kita tidak saling kenal-mengenali tetapi tidak kisahla janji kita sesama Islam. Yang bukan Islam terima kasih banyak banyak kerana singgah blog ini juga.
Mesti seronok raya kan. Mana taknya, apabila hari raya semuanya barukan?? Baju baru,kasut baru, tudung baru dan macam-macam lagi lah yang baru.
Mama An tahun ni berbokitta kalau dibandingkan tahun lepas berbelit belit selendang. Tak kuasa rasanya nak memakai shawl walapun instant shawl. Tahun ni memang gilakan “bokitta”. Tak boleh ada keluaran baru mesti rasa nak! Tapi alhamdullilah lah harga pun berpatutan dgn design & cara pemakainnya. So easy & pejam mata pun blh pakai. Hehe.
Anak anak macam biasa lah semua serba baru. Alhamdullilah ada rezeki lebih untuk anak anak. Semua keperluan dapat dibeli. Syukur kepada Nya.
Okeylah, setakat sini je lah Mama An cerita pasal raya ini. Semoga jumpa lagi di blog yang akan datang dengan gambar gambar raya. Hehe. Nanti Mama An kongsikan yea.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.