By Cik Yatie ~~ di suatu hentian - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: By Cik Yatie ~~ di suatu hentian

12 September 2008

By Cik Yatie ~~ di suatu hentian

Nik Nurehan | Friday, September 12, 2008 | 0 Komen
Lelaki tua itu
Berjanggut putih
Berkopiah putih lusuh
Jubah putihnya bersih walaupun di mamah usia
Lelaki itu
Ku lihat bersih wajahnya
Ikhlas senyumnya
Ke sana ke sini
Menanti waktu menuju destinasi
Sama seperti aku
Dua waktu azan bergema ketika kami di situ
Azan pertama aku bertemankan kurma sendirian mengalas laparku
Dia juga begitu

Aku memerhatikan dia
Menapakkan langkahnya
Bersujud pada pencipta
Kemudian dia kembali
bersama senyum tenang
aku masih melihatnya
Seketika dia hilang lagi
seruan azan kembali
Dia tak pernah lupa
siapa yang menciptakan dia, aku, dan Kita

Dia sederhana
Bersih jiwanya pancaran wajah sucinya
Aku melihatnya
Terpegun melihat gelagatnya
Aku insaf
Kerdilnya aku
Lemahnya aku
Miskinnya aku

Pandangan ku padanya menghilang
Di balik ribuan tapak kaki
Suara tengelam timbul
Deruan enjin
Kemudian aku dan dia berpisah
Menuju destinasi sendiri

Di suatu hentian
seorang lelaki berjanggut putih
Berjubah putih
berkopiah lusuh
Menyedarkan aku
Membangunkan aku
Kerdilnya aku ini

Yati.
2008


Sayerp suka sajak yg dikarang oleh nya.
Sajak ni diilhamkan ketika cik yatie yang keseorangan di terminal bus yang memerhatiakan gelagat seorang lelaki tua. Ia sungguh mnarik phatian~~~
Sajak neh rasa best Sbbnya Mudah difahami n krn sajak
Sbbnya ia menunjukkan/mgambarkan ketaatan manusia kpd Tuhan.
Mengingatkan n myedarkan kita sudah tidak luper akan DIA.
Akhir skali, ia mengajar kita supaya cinta, takut, taat dan patuh kepada Tuhan.

InsyaALLAH.

*Dgr kata nk post ke dewan bahsa n pustaka ;) hehe. bagus ler stahu sayerp kamu slalu post ke majalah DBP kan ;)

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com