Restoren Selera Cik Siti terletak di Jalan Mahmood, Kota Bharu. Restoren ini bersebelahan dengan kedai agensi insurance UNI ASIA dan Cawangan Kedai Kain KAMDAR. Restoren ini berada lebih kurang 50 meter dari simpang 4 yang menghubungkan Jalan Mahmood, Jalan Pengkalan Chepa dan Jalan Kebun Sultan.
Restoran Ini menawarkan hidangan masakan panas dan masakan jenis 'western'. Pada waktu siang, restoran ini hanya menyediakan tempat makan di dalam kedai sahaja. Sebaliknya, pada waktu malam restoren ini akan turut meletakkan meja-meja makan kepada pengunjung pada kawasan parking kereta di hadapan restoran ini. Kawasan parking ini dipisahkan dengan tempat pejalan kaki dan pohon-pohon besar dengan jalan raya di hadapannya.
Kedudukan restoran ini adalah strategik kerana ianya berada dikawasan yang berhampiran dengan bangunan-bangunan komersial seperti kedai, bank, pejabat dll. Serta ianya juga berada berhampiran dengan bangunan-bangunan kerajaan yang menempatkan pekerja awam seperti sekolah, hospital, pusat perubatan pergigian pejabat pendidikan dan pejabat majlis perbandaran.
Parking
Parking kereta adalah satu kelebihan pada restoran ini mengikut pandangan saya. Restoran ini mempunyai banyak parking di sekitarnya termasuk dihadapan kedai itu sendiri. Bahu jalan yang agak lebar di hadapan restoran ini memberi kemudahan kepda pengunjung untuk parking (waktu malam ajerr lah! siang kena saman lah! ha ha ha). Pada waktu siang parking kereta adalah berbayar kerana ia milik MBKB. malam jerr free
Harga

Harga??... emmm pada pendangan lebih kurang sama ngan harga kedai2 lain di sekitarnye. Standard harga bandar. Tapi pada masakan western, iaitu chicken chop yang di cuba oleh saya.. harganyerr adalah murah & sgt2 bpatutan. Hanya rm 6.50
No comments:
Post a Comment