TARIKH MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL 2010 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: TARIKH MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL 2010

01 September 2010

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN SYAWAL 2010

Nik Nurehan | Wednesday, September 01, 2010 | 0 Komen
Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal bagi menentukan Hari Raya Aidilfitri tahun 2010 telahpun ditetapkan pada 8 September ini. Penetapan tarikh tersebut dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan kaedah menentukan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, proses mencerap anak bulan syawal akan dilakukan di 30 tempat yang ditetapkan di seluruh negara. Tempat-tempat yang dimaksudkan ialah:

Johor: Pontian Kecil – Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu,

Melaka: Tanjung Bidara

Negeri Sembilan: Teluk Kemang; Port Dickson

Selangor: Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa; Bukit Jugra

Perak: Pantai Pasir Panjang

Pantai Aceh (Pulau Pinang)

Kedah: Kampung Pulau Sayak; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Setar

Terengganu: Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Pulau Perhentian

Kelantan: Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu.

Sarawak: Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.

Sabah: Balai Cerap Al-Biruni, Putatan.

Pahang: Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindung, Kuantan.

Labuan: Menara Universiti Malaysia Sabah.

Kuala Lumpur: Menara Kuala Lumpur.

Perlis: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat.

Pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa tahun 2010 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan diumumkan melalui radio dan televisyen pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan.

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com