
Hai! Anda pernah guna Foursquare? Tak pernah gunakan perkhidmatan / aplikasi web sosial ini? Haha, rugilah! Sebenarnya, aku pun baru sahaja terjebak dalam penggunaan Foursquare ni. Baru sangat, x smpai sminggu pun Cik An ‘main’ Foursquare ini.
Apa tu Foursquare?
Foursquare is a social media game to compete against your friends to check in at various locations. Earninig badges proves that you are more social than your friends. Elite badges allow the best of the best to stand out.
Foursquare's location specific information can show where your friends are, or even display special prices for stores to the mayor of a location.
Kalau orang gila main Foursquare, diorang akan gila nak kumpul badge ni. Pada permulaannya anda akan dapat badge Newbie, ala yang atas sekali belah kiri tu. Tu la badge pertama untuk 1st chek in. Nak tau lebih lanjut bolehla tengok 4sq badge ok.
Alaa, Foursquare ni lebih kurang macam Facebook dan Twitter la, tapi ia melibatkan penggunaan lokasi sebenar pengguna. Contoh, Cik An sekarang berada di KBMALL, Cik An maklumkan dalam Foursquare Cik An berada di KBMALL dengan Check In Bangunan KBMALL. Ada paham?
Satu benda lagi, kalau siapa yang main Foursquare ni dia pasti akan gila mencari tempat untuk menjadi mayor. Apa tu mayor? Boleh baca sini ok. Kalau siapa rajin Check In pada satu tempat dengan kekerapan yang maksima dia akan menjadi mayor pada tempat itu.
Contohnya :
Khaidir telah check in Jambatan Pulau Pinang sebanyak 10 kali.
Julia pun check in tempat yang sama sebanyak 15 kali
Mayor disitu, Faizal telah check in Jambatan Pulau Pinang hanya sebanyak 13 kali, secara automatik Faizal akan disingkirkan dan Julia menjadi mayor di Jambatan Pulau Pinang(Jumlah hari check in)
Setiap sekali check in hanya sah untuk sehari.
Cara nak sertai Foursquare
Untuk sertai Foursquare, anda hanya perlu daftarkan diri di laman web mereka ataupun gabungkan profile Facebook ataupun Twitter anda di Foursquare. So tak payah la susah – susah nak isi borang pendaftaran. Segala maklumat anda di Facebook atau Twitter digunakan untuk pendaftaran di Foursquare.
Kepada pengguna telefon pintar seperti HTC, Blackberry ataupun Iphone, anda boleh menggunakan aplikasi Foursquare di telefon pintar anda. Apa dia aplikasi tu? Boleh rujuk disini untuk blackberry, disini untuk Iphone, HTC dan lain – lain.
perlu smartphone dulu baru boleh 4sq.. tapi saya tak ada :(
ReplyDeletean guna E72 jerk. tapi an x dload foursquare pun. an guna socially.
ReplyDeletekat situ ada foursquare, facebook, twitter :)