Bunga telur merupakan satu alatan yang penting dalam persandingan orang Melayu. Dalam adat Melayu, telur yang terdapat pada bunga telor mewakili kesuburan. Oleh itu ia dianggap sebagai mendoakan agar pasangan tersebut subur dan mendapat zuriat dalam masa terdekat.
Pada umumnya, bunga telur merujuk kepada kuntum bunga diikat telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai. Bagaimanapun ada juga yang memecahkan tafsiran bunga telur dengan labih lanjut, iaitu: Bunga pahar adalah kuntum bunga diikat telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai, sementara bunga telur sebagai buah tangan yang diberikan kepada para hadirin.
Bunga telur/pahar ini biasanya diberikan hanya pada sanak saudara terdekat, yang dijemput merenjis air mawar dan menabur bunga rampai keatas kedua mempelai.
AMALAN LAMA
Pemberian bunga telur pada majlis perkahwinan orang Melayu dikatakan sebagai simbol kesuburan. Tetamu yang menerima, diharapkan akan bersama-sama mendoakan pasangan pengantin dikurniakan zuriat, memandangkan kehidupan manusia bermula daripada persenyawaan benih telur.
Kira-kira sedekad yang lalu, majlis kenduri kahwin masih mengutamakan tradisi membeli beratus-ratus telur ayam untuk direbus di dalam periuk besar dan kemudian dimasukkan ke dalam bekas untuk diagihkan kepada tetamu.
Acara merebus telur ini juga ditetapkan sekurang-kurangnya dua hari sebelum majlis kenduri kahwin. Anggota keluarga, jiran dan kawan-kawan bakal pengantin akan duduk beramai-ramai bergotong-royong mengisi telur ke dalam bekas.
Sebanyak 90 hingga 150 biji telur rebus biasanya akan diasingkan untuk dipasang pada bunga telur bertangkai yang disusun menjadi bunga pahar yang, diletakkan di sebelah kiri dan kanan pelamin. Sepohon bunga pahar lagi akan mengiringi barang hantaran untuk pasangan mempelai pada hari bertandang.
Bunga telur bertangkai ini dicucuk pada pulut kuning sebagai lambang kesyukuran dan tradisi menyediakan bunga pahar pada pelamin masih diteruskan sekarang.
Itulah saja bunga telur yang disediakan pada majlis perkahwinan kini, yang setiap tangkai akan diberikan kepada tetamu atau kaum keluarga yang menepung tawar pengantin, selain pemberian kepada saudara terdekat.
ewah. lame x singgah sini.. byk post sal wedding..ahak.duk sni xterase pom.. xsbr nk balik.. our 1st fmly big event..huu
ReplyDeletehi na. hihi. excited!! mood kahwin tgh on neh. maklum la skali seumur idup, insyaALLAH. bila mau balik?
ReplyDeletebla nak kenduri ni cik ann..
ReplyDeleteina. lmbat lg. pasti an mjemput ina punya! ;)
ReplyDeletek.an.. 12 hb nti kot balik..cian tol umi sorang2 kat umah xde pembantu..huu..
ReplyDelete