-depan.jpg)
Sakit, gatal, pedih x tkata. mcm 'monyet' dh ni duk garu sana sini.
abis badan2 ni luka. aiyak!! huwaaaaa...x tahan loll!
Satu lagi penyakit yang sangat sinonim dengan cuaca panas. Ia terjadi akibat pendedahan kepada suhu yang panas secara berterusan.
Punca Ruam Panas
Berlaku apabila liang peluh dan bulu roma pada permukaan kulit tersumbat. Kelenjar peluh dengan peluh yang terperangkap menyebabkan muncul benjolan kecil yang mengandungi air pada kawasan kulit. Peluh manusia mengandungi garam yang tinggi, sangat berpotensi menyebabkan iritasi kulit dan ruam panas. Kerana itu pentingnya membasuh peluh dengan air dan sabun.
Simptom
Ruam panas biasanya muncul dalam bentuk benjolan kecil dalam jumlah yang banyak di bahagian folikel bulu roma. Di sesetengah kawasan, ia mungkin berwarna merah atau merah jambu. Lebih teruk, ruam panas boleh menyebabkan iritasi teruk dan muncul tompok-tompok merah lebih besar dan gatal-gatal. Sesetengah individu mengalami ruam panas sangat gatal dan sesetengah pula tiada kesan tertentu. Kawasan yang sering terjadi ruam panas adalah muka, leher, belakang, abdomen, kemaluan, di bawah dada, lipatan siku dan punggung.
Langkah untuk penjagaan ruam panas :
- Basuh kawasan ruam dengan sabun lembut. Kemudian bilas dengan air dan keringkan dengan tuala. Basuh beberapa kali setiap hari terutama selepas bersenam atau bersukan, berjalan jauh atau terdedah kepada matahari.
- Duduk di kawasan yang sejuk (di bawah bumbung dan biarkan kulit bebas bernafas).
- Mandi atau berendam dalam air sejuk.
- Rehat dalam kawasan berpendingin hawa (21 hingga 22oC) sebagai terapeutik. Jika tiada alat pendingin hawa di rumah, boleh keluar bersiar-siar di kawasan mempunyai pendingin hawa.
- Elakkan sentuhan kulit ke kulit di kawasan lipatan seperti bawah dada dan abdomen dengan meletakkan kain kapas atau material menyerap peluh.
- Letak pek sejuk di kawasan yang mengalami ruam panas (jangan letak melebihi 20 minit dalam satu jam).
- Gunakan ubat niacin.
Cara Mengelak Ruam Panas
- Pakai pakaian menyerap peluh seperti kapas.
- Elakkan penggunaan fabrik nylon dan poliester.
- Pastikan bayi berada dalam keadaan selesa dan kering. Periksa lampin mereka dan tukar lebih kerap kerana bayi lebih mudah terkena ruam lampin.
- Air liur bayi yang meleleh mengundang penyumbatan folikel liang roma menyebabkan ruam panas.
- Individu yang terlantar sakit di katil perlu bergerak untuk mengelakkan peluh berterusan di kawasan yang sama.
Faktor Yang Memburukkan Ruam Panas:
- Kelembapan tinggi
- Suhu tinggi
- Aktiviti jakuzi, sauna dan bilik stim.
- Demam
- Selaran matahari (sunburn)
- Berpeluh kerap atau hiperhidrosis
- Pakaian yang ketat dan fabrik tidak mesra pengaliran udara
No comments:
Post a Comment