Tart Unik Berbentuk Buah&Sayuran! - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Tart Unik Berbentuk Buah&Sayuran!

11 August 2011

Tart Unik Berbentuk Buah&Sayuran!

Nik Nurehan | Thursday, August 11, 2011 | 0 Komen
Untuk kali kdua an menempah biskut tart pelbagai bentuk ini. sgt menarik & sedap! Heeee....
Pengusaha/tokey,Siti Hajar ni berasal dari Bachok Kota Bharu. Lebih memudahkan utk mengambilnya. x perlu pos2. heeee....... Jom kekawang kita menempah smpena raya yg bakal mnjelma tidak lama lg ;P

* Aiii main tempah jerk, mcm malas nk buat sndiri je!!?? heeee.. agaknya gitu lah ;P
* Bagi sesiapa yang brada di sekitar kelantan/kota bharu. Kak Siti akan blk pd 27 August 2011 nati.... So bg sesiapa mahukannya, boleh la set time utk bjumpa atau ke rumahnya.

http://hzcookies.blogspot.com/

HZ HOUSE OF UNIQUE COOKIES adalah pembuat dan pembekal Kuih Unik Bentuk Buahan & Sayuran (Tart Unik, Kuih Arab Unik, Kuih Buahan2)

Kuih Unik Bentuk Buahan & Sayuran ini adalah merupakan produk ‘homemade’ dimana ia menggunakan bahan mentah yang halal dan pewarna yang dibenarkan. Ia amat sedap untuk dijadikan snek seperti biskut-biskut yang lain.

Di dalam tart unik, ia diisi dengan inti nenas, strawberi, coklat, kacang merah, kacang hijau, almond, kurma*, durian* yang sangat berkualiti dalam sukatan yang amat mencukupi untuk membuatkan ia betul-betul dirasai sebagai kuih unik.

Kuih Unik ini amat sesuai dijadikan sebagai hantaran perkahwinan, hantaran pertunangan, hamper untuk semua jenis perayaan, hadiah, cenderahati atau pun sebagai door-gift untuk diberikan kepada para tetamu sebagai tanda terima kasih yang pastinya amat UNIK & memberi satu KELAINAN.

Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk sayuran dan buahan yang menarik seperti bentuk terung, carrot, labu, cili, jagung muda, mangga, manggis, oren, strawberi, ciku, epal dan jambu air. Terkini, pihak syarikat dalam proses merekabentuk bentuk bungaan untuk dipasarkan.

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com