Kalau nak dikiralah, ramai sungguh yang berdebar tunggu tarikh unik 11.11.11 yang bakal menjelang jumaat nanti ni.
Tak kiralah sama ada selebriti, tokoh kenamaan, orang awam atau rakan-rakan sebab ada di antara mereka yang telah memilih tarikh berkenaan sebagai hari untuk diijabkabulkan atau sebagai hari persandingan.
Di penghujung-penghujung tahun ini sudah pasti ramai yang akan mendirikan masjid, maka akan timbul satu persamaan linear yang jelas dan kuat seperti ini:
Cuti sekolah + Hujung tahun = Majlis Walaimatulurus
Majlis seumpama ini yang lebih dikenali sebagai Majlis Raja Sehari pasti akan mendambakan kepada satu-satunya “metodologi tradisional” sebagai satu simbol “mengwar-warkan” secara khusus kepada para tetamu untuk undangan ke sesuatu majlis. Itulah “Kad Jemputan”.
* Alhamdullilah, kad jemputan dari rakan yang brada di Kl iaitu Shaizhar & Kak Nazuha tlh slamat smpai di rumah. Heeee... Mereka akan menikah pd 11.11.11 dan majlis psandingan diadakan pd keesokkan harinya iaitu 12.11.11. Majlis pihak prempuan di Kelana Jaya okey.! Bg majlis pihak lelaki akan diadakan insyaALLAH pd 11.12.2011 iaitu bulan hadapan di Kedah.
Menarik bkn! cute jerk tgk card neh oke. Ia menampilkan ciri2 seorang blogger. Heee. Maklum la kdua dua mereka mempunyai blog yg senantiasa dikemaskinikan. Lebih2 la Incik Shai.
Tanpa kad jemputan kahwin adalah janggal dan cacat.Iyalah, tanpa kad jemputan kahwin, bagaimana kita mahu menjemput para tetamu-tetamu ke majlis Raja Sehari? dan tanpa kad undangan kahwin yang “formal” sudah pasti ramai masyarakat di luar sana tidak akan hadir ke majlis perkahwinan tersebut. Ini kerana, sudah menjadi satu resam dan budaya masyarakat kita dengan cara menjemput tetamu dengan menggunakan kad jemputan tersebut. Itulah kod etikanya.
Teknik terbaru, yang sedang hangat digunakan ialah teknik “tagging” di facebook. Didapati teknik semi-konvensional ini semakin hari semakin popular di kalangan mereka-mereka yang agak malas untuk menulis alamat-alamat rumah rakan-rakan jemputan mereka serta dapat menjimatkan kos.
Terdapat satu lagi cara yang boleh digunakan untuk mengundang tetamu ke majlis resepsi dan ini juga terdapat di dalam facebook. Penggunaan tools “event” yang terdapat di dalam facebook amat membantu. Para tetamu yang bakal diundang bakal menerima “notification” daripada email atau dari simbol “notification” yang terdapat di facebook. Oleh itu, bagi mereka yang diundang cuma perlu reespons kepada undangan tersebut. Mudah, jimat dan senang!
Akan tetapi, walau secanggih mana teknologi….walau berpuluh tahun akan datang….pastinya kad kahwin menjadi pilihan. Lihatlah…Ini bermakna Kad Jemputan kahwin masih lagi diperlukan dan releven pada masa kini. Tidak seperti kad ucapan hari raya yang semakin dilupakan.
* Musim percintaan. Percintaan yang dihalalkan Islam.
* Trima Kaseh krn menjemput kami bdua. Heeee.. Makan2 syiokk okeh ;P
* InsyaALLAH kami akan hadiri majlis Kamu bdua Shai & kak na. Heeeee.. Kemungkinan di Kelana Jaya ataupun di Kedah oke~~~~ x leh nk confirmkan lg. Dlm perbincangan.
* Agak2nya ke Kedah la kut cuz baru2 neh ke shah alam. Bln ini ke trengganu. Jadinya bulan december ke utara Kedah la. Heeee....
itu lah ;P sempoi...
ReplyDelete