TIPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: TIPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN

17 March 2012

TIPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN

Nik Nurehan | Saturday, March 17, 2012 | 2 Komen
Pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini membantu bakal bapa dalam memahami peranan anda ketika proses bersalin.

1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan
**************************
--> Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini.

2. Bersedia Untuk Menunggu
********************
--> Tidak seperti dalam filem, proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya.

3. Jangan Ambil Hati
***************
--> Suami harus ingat ketika sedang menahan sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja.

4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus
**************************
--> Ketika sakit bersalin, isteri akan hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk. Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya tentang bayi yang bakal lahir.

5. Sentiasa Berada Di Samping Isteri
**************************
--> Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin.

Related Posts

2 comments:

  1. Suami sy berada di sisi dari melahirkan anak pertama hingga ke tiga. Tp, sentiasa seolah olah menambahkan kerisauan bila dia senantiasa memberitahu utk meninggalkan sy sendirian krn perlu berjumpa dgn kenalan atas urusan kerja. Dia jg tk pernah risaukan sy bila sy dlm kesakitan. Pd dia, itu perkara remeh..dan mungkin jg dlm hati dia, sy mengada-ngada. Jadi, masa terdekat ini sy akan melahirkan anak yg ke empat. Dan sy bertekad tidak mahu dia berada di sisi sy kerana ia menambahkan kesedihan an kehinaan pada diri sy.

    ReplyDelete
  2. Suami sy berada di sisi dari melahirkan anak pertama hingga ke tiga. Tp, sentiasa seolah olah menambahkan kerisauan bila dia senantiasa memberitahu utk meninggalkan sy sendirian krn perlu berjumpa dgn kenalan atas urusan kerja. Dia jg tk pernah risaukan sy bila sy dlm kesakitan. Pd dia, itu perkara remeh..dan mungkin jg dlm hati dia, sy mengada-ngada. Jadi, masa terdekat ini sy akan melahirkan anak yg ke empat. Dan sy bertekad tidak mahu dia berada di sisi sy kerana ia menambahkan kesedihan an kehinaan pada diri sy.

    ReplyDelete

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com