TQ Mama aka Tok! Hadif suka sgt..... - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: TQ Mama aka Tok! Hadif suka sgt.....

12 May 2012

TQ Mama aka Tok! Hadif suka sgt.....

Nik Nurehan | Saturday, May 12, 2012 | 0 Komen
Amacam lawa tak? Heeeeee tok hadif la buat neh, tantek kan! Tok kiter buat mcm2 colour woo..

Pemberian/Hasil tangan Cikbie aka TokBie

Mengait adalah merupakan satu kemahiran tangan yang sangat tualah usianya.. sejak beratus tahun yang lalu.. oh lama tu.. dan mengait ini terbahagi kepada dua jenis. Iaitu:
1. Crochet
2. Knitting

1. Crochet:
Crochet (sebut Krosye) ataupun dalam bahasa kita dipanggil Krusye/Jarum Kait Satu adalah seni yang paling famous dekat negara kita. Jarum yang digunakan adalah terdiri dari satu batang jarum yang berkepala hook. Jadi mostly, mereka memanggil jarum crochet dengan istilah hook needle.

Crochet juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
1. Crochet (sangat popular)
2. Double ended crochet (boleh digunakan untuk mengait secara in-the-round)
2. Tunisian/Afghan Crochet (merupakan satu teknik mengggunakan jarum yang panjang seakan-akan jarum knitting. Kaitannya juga adalah hampir dengan knitting)

Crochet juga sangat senang dipelajari apabila anda telah mengetahui asasnya iaitu :
1. Chain Stitch
2. Single Crochet
3. Double Crochet
4. Half Double Crochet
5. Slip Stitch

Terdapat pelbagai jenis jarum kait satu yang anda boleh gunakan untuk mengait. Tidak hanya bergantung pada satu jenis jarum sahaja kerana setiap jarum kait ini mempunyai saiz yang berbeza dan kegunaan yang berbeza. Malah ada jarum-jarum kait ini, walaupun sama saiz tetapi diperbuat daripada manufacture yang berbeza, hasilnya tetap juga berbeza. Oleh itu, adalah dinasihatkan jika anda mengait dengan jarum A, teruskan mengait dengan jarum A sehingga habis projek anda. Sebab walaupun katakan jarum B mempunyai saiz yang sama dengan jarum A, ianya akan memberikan kesan yang berbeza terhadap projek kait anda.

Apa yang membezakan Knitting dengan Crochet?

Knitting adalah satu kemahiran dimana anda mengguna dua jarum ataupun beberapa jarum ketika mengait. Bagi saya istilah jarum kait dua itu kurang sesuai kerana konteks knitting ini lebih besar. Ini kerana, knitting meliputi mengait dengan dua jarum, 4 jarum ataupun 5 jarum. Jarum knitting terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

1. Straight Needles/Single Point Needles (mostly orang panggil sebagai classic knitting) : Biasanya kebanyakkan beginner akan memulakan pembelajaran mengait Knitting dengan menggunakan jarum jenis ini.
2. Double Pointed Needles (kedua-dua bahagian jarum mempunyai tip) : Digunakan untuk mengait secara knit in the round seperti socks, topi, beg, i-cord..
3. Circular Needles (mempunyai tube yang menyambungkan dua jarum.. juga dikenali sebagai modern knitting)

Untuk belajar knitting, kita mesti tahu 4 asas iaitu:
1. Cast On
2. Knit
3. Purl
4. Bind Off

Crochet menghasilkan tension yang lebih keras disebabkan kaitannya lebih berfokus kepada satu loop. Selain itu, crochet sangat sesuai untuk pelbagai jenis pattern lace, lebih cepat siap kaitannya, namun menggunakan benang yang lebih banyak berbanding knitting kerana penggunaan loop-nya yang lebih banyak berbanding knitting. Sangat sesuai untuk menghasilkan accessories seperti topi, beg, alas meja, doilies, dan mudah digunakan untuk menyambung hasil kaitan dengan yang lain (seperti granny squares). Tetapi juga sesuai untuk mengait baju, bagi mendapatkan hasil baju yang lembut menggunakan crochet, adalah baik jika kaitan itu dimix dengan lace pattern ataupun menggunakan benang yang lembut dan tebal.

Knitting pula menghasilkan tension yang lebih lembut disebabkan fokus loopnya yang lebih luas. Sangat sesuai untuk mengait baju, juga beg, topi dan lace, socks. Knitting memerlukan masa yang lebih lama berbanding crochet ketika mengait, dan menghasilkan kaitan yang lebih stretchy daripada crochet. Best for joining stitches secara knit in the round. Selain itu, knitting juga menggunakan benang yang sedikit berbanding crochet, dan memerlukan banyak accessories tambahan ketika mengait pattern-pattern tertentu seperti cable pattern yang memerlukan jarum cable.

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com