Kembali Menulis... - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Kembali Menulis...

26 September 2017

Kembali Menulis...

Nik Nurehan | Tuesday, September 26, 2017 | 0 Komen

Lama dah tak menulis blog.
Macam mana nak dapat jiwa menulis blog.
Entry terakhir tahun 2013, ketika tu tengah mengadungkan anak kedua Irdina Maisarah.
hahaha. Sekarang dah 4 tahun pun dia tahun 2017. Punya lama kan STOP kan. Lagi beberapa bulan dah masuk tahun 2018. Fuuuhhh....
ilmu mengarang pun dah kekok dan kosonggg.
Macam kenal belajar semula la. Tak terlambat bukan.
kalau orang lain guna .com.my kita masih blogspot.com
haha. Ketinggalan bukan?

Macam macam terjadi dalam 4 tahun ni. Alhamdullilah sekarang Ann dah ada 3 orang anak. Alhamdullilah berselang seli jantinanya. Lelaki --> Perempuan kemudiannya Lelaki.
Yang bongsu sekarang ni dh 11 bulan. Yang dua lagi di Tadika di belakang rumah je pun! 
Punyaaaaaaa jauh oke, kalau kita di dapur pun boleh mengitai. Nampak tu tidak la tapi boleh la dengar suara suara anak anak di tadika bserta teacher teacher Pelangi Ilmu.

Banyak je topik, cerita, hal hal yang belaku yang ingin dikongsi sehinggakan tidak tahu nak mulakan dari mana. Huru hara jadinya.

Memandangkan Ann start balik Business Online AN-Wardrobe, boleh la luangkan masa beberapa minit di sini. 
Kenapa mulakan balik Business Online ni? Untuk mencari rezeki halal nak teruskan hidup, kasi anak anak sekolah dan makan. Boleh gitu?
Nak harapkan belas ehsan siapa, dah pandai beranak kena pandai cari duit lah.
InsyaALLAH cepat lambat datanglah rezeki tidak disangka sangka.

Kita perlu bersabar dan yakin akan rezeki dari Allah. Memang benar kita telah berusaha sedaya upaya tapi yang memberi kita rezeki adalah Allah. Perancangan Allah sudah pasti yang terbaik untuk setiap hambanya. Kita perlu redha, bersabar dan sentiasa berusaha dengan lebih baik lagi. Rezeki pasti akan datang kepada kita.

Ada Orang Cepat Dapat Hasil, Ada Yang LambatRealiti kehidupan, ada orang yang buat kerja sikit tapi dapat hasil yang banyak. Dan ada pula orang yang buat kerja banyak tapi dapat hasil hanya cukup-cukup makan saja.Memang lumrah hidup yang rezeki tidak datang cepat mengikut masa yang kita mahukan. Kuncinya adalah sabar dan yakin yang Allah akan berikan rezeki mengikut keperluan diri kita bukan mengikut kemahuan kita.

Banyak benda dh dibebalkan ini. Ann nk mengundur diri dulu yeap. Kemudian hari kita bebel kasi panjang lagi. Choww!

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com