Hidup Ini Satu Pengorbanan. - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Hidup Ini Satu Pengorbanan.

24 August 2019

Hidup Ini Satu Pengorbanan.

Nik Nurehan | Saturday, August 24, 2019 | 0 Komen

Raya Haji merupakan Hari Raya Korban. 
Jadi tahun ini apa yang anda korbankan??
Korbankan kasih sayang? Korbankan tanggungjawab? Korbankan tenaga? Korbankan masa?

Kadangkala pengorbanan yang perlu dilakukan bukan kepalang dan amat pedih untuk dihadapi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Setinggi manapun pengorbanan yang perlu anda lakukan, sudah pasti tidak sehebat pengorbanan yang perlu dilakukan oleh junjungan Nabi Ibrahim A.S.

Adakalanya kita kita ni lalai, tapi itu bukan alasan kerana kita sering diberi peluang untuk memperbaiki diri.

Korbankan Masa untuk Membaca
Korbankan Masa Muda untuk Keluarga
Korbankan waktu lapang dengan berfikir. 
Mama an rasa kebanyakkan masa kita dihabiskan dengan hp kan. Sibuk benorrrrr!
Dalam kehidupan seharian, kita juga perlu ikhlas dalam melakukan setiap perkara. Jangan suka mengungkit perkara-perkara yang telah anda lakukan. 
Jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak kecil yang perlu dijaga, mungkin anda perlu mengorbankan kerjaya untuk memastikan kebajikan anak-anak terjaga.
Jangan anggap pengorbanan anda itu sia-sia kerana besar pahala yang menunggu anda di akhirat nanti. Begitu juga pengorbanan yang perlu dilakukan demi kesihatan ibu dan ayah.
Anggaplah pengorbanan anda itu satu ibadah. Dengan adanya perasaan sebegini maka kita akan mampu mengawal diri agar tidak mudah merasa kecewa dan marah. Ambil iktibar, hidup ini penuh dengan ujian yang menuntut pengorbanan.
Orang yang baik dan soleh Allah SWT akan sentiasa uji dengan pelbagai ujian. Namun, tidak perlu gusar kerana ujian-ujian tersebut hanya sementara sifatnya, dan selepas itu Allah SWT akan memberikan kesenangan pula kepadanya sepertimana Firmah Allah SWT mafhumnya:
“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesenangan, bersama kesulitan itu ada kesenangan…” (Surah al-Insyirah, ayat 6-7).

Orang yang mampu bersabar dalam menghadapi ujian hidup, nescaya Allah SWT akan memurahkan rezeki melimpah ruah baginya dan memberkati rezeki yang dia berikan itu.










Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com