Video penuh : https://youtu.be/L2UZcthMUmc
Jenazah almarhum diarak menaiki pedati dari Istana Balai Besar pada pukul 5 petang dan tiba di Makam Diraja Langgar, 3.4 kilometer dari situ kira-kira sejam 30 minit kemudian.
Pedati tersebut ditarik oleh 40 anggota tentera dan diiringi 40 ulama yang membawa payung; kaum kerabat; pembesar negeri serta anggota polis.
Sepanjang perjalanan, cuaca mendung manakala rakyat jelata dapat dilihat berbaris di kiri dan kanan sepanjang laluan pedati khas yang membawa baginda.
No comments:
Post a Comment