Sukan Memanah. Have Fun & Enjoy The Game! - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Sukan Memanah. Have Fun & Enjoy The Game!

28 September 2019

Sukan Memanah. Have Fun & Enjoy The Game!

Nik Nurehan | Saturday, September 28, 2019 | 0 Komen


Hujung minggu amat sesuai luangkan masa bersama keluarga sebagai sukan riadah.



5 tip belajar memanah buat mereka yang baru jer bermula.

1.Nocking the arrow. 

Dengarkan bunyi “klik” pada tali ketika anda memasukkan anak panah ke bowstring. Kerana ia bermaksud anak panah kini sudah terkunci ke tali sebelum anda meletakkan “body” anak panah ke busur.


2. Setting your bow hand.
Pastikan tangan anda lurus ke hadapan dan biarkan busur berehat dengan lembut di tangan anda. Genggaman tidak perlu digenggam dengan keras. Busur harus berehat di tapak tangan dan pastikan ianya kemas digenggam diantara jari telunjuk dan ibu jari anda.
3. Anchoring the bowstring.
Bowstring pula perlulah selalu berada di tempat yang sama supaya anda dapat melepaskan anak panah dengan tepat lagi dan lagi.

Untuk melakukan ini, tarik bowstring ke belakang sehingga menyentuh hidung, dan bawa tangan anda sehingga melalui dan menyentuh bibir anda. Rasa lucu pada mulanya kerana bowstring berada begitu dekat dengan pipi, tetapi ia penting untuk membuat penjajaran yang konsisten ke sasaran anda.
4. Aiming the arrow.

Untuk busur tradisional, anda perlu “aiming” atau membidik menggunakan mata. Ianya dilakukan sambil meluruskan tangan anda yang memegang busur ke hadapan, manakala tangan sebelah lagi menarik bowstring dan kekalkan posisi itu.

5. Adjusting the site.

Bidikan pada busur tidak akan sentiasa sempurna dan beberapa penyesuaian memang diperlukan untuk memastikan anak panah yang dilepaskan mengenai sasaran secara tepat setiap kali dilepaskan. Mungkin badan anda tidak selari dengan sasaran di hadapan, atau bahu dan lengan anda tidak lurus sewaktu melepaskan anak panah dan sebagainya. 


 

Pusat Aktiviti Memanah: Lapang Sasar Memanah, Pantai Sri Tujoh, 16200 Tumpat, Kelantan.



Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com