3 Year Old’s Birthday - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: 3 Year Old’s Birthday

25 October 2019

3 Year Old’s Birthday

Nik Nurehan | Friday, October 25, 2019 | 1 Komen
Assalamualaikum.
Kelmarin 24 oct 2019, genaplah umur anak saya yang ke 3, 3tahun. Diberi nama Harraz Izuddin. Panggilan namanya Bie, Baby & Harraz. Banyakkan. Tak
Boleh nak move on lagi panggil namanya sebab dia kan anak yang paling kecil jadi masih biasakan diri memanggilnya “baby”.

Seperti birthday birthday yang lepas, papa yang ditugaskan pada bahagian deco deco ni. Walau nampak simple tapi alhamdullilah puas hati sangat. Tak perlu bebelanja lebih lebih untuk decoration nih, sekadar yang kita mampu sahaja. 

Lagipun untuk anak-anak kecil, mereka masih tak faham konsep sambutan hari jadi. Mereka hanya nampak kek, upacara tiup lilin, potong kek dan dicium ibu bapa. Itu saja!


Orangnya sangat aktiv bersesuaian dengan usianya tapi sehingga hari ini masih breastfeed. Susah betul nak stopkan harraz ni kalau nak dibandingkan anak perempuan Sara, alhamdullilah senang sahaja. Sara pun dah 6tahun. Pelbagai cara Mama Ann cuba tapi belum berjaya..
InsyaALLAH akan berusaha untuk membehentikan harraz dari “bf”... 
Semalam kami adakan sambutan hari lahir anak beranak aje pun. Sekadar kecil kecilan tanpa menjemput tetamu seperti hari lahir abangnya dan kakaknya. 


Sekejap je kan dah 3 tahun. Next year dah boleh ke tadika. Selalu juga tanyakan harraz nak ke sekolah? Adakala jawapannya ya nak tapi adakalanya jawapannya tak nak, mama takde, papa takde, mok takde. Hahahaha. Mok yang Harraz maksudkan adalah my mom. Tak dipanggilnya tok tetapi Mok. Hehe. 





Happy Birthday Harraz Izuddin.
Semoga dipermurahkan rezeki, urusanmu dan dilimpahkan kesenangan hidup dunia akhirat. 

Ya Allah Yang Maha Pelindung…
Lindungilah anak-anak kami dari segala macam penyakit dan musibah.

 

 

 









Related Posts

1 comment:

  1. Happy birthday Harraz...kejap je kan Ann dah membesar anak-anak. Dulu kenai Ann dari belum kahwin sampai laa ni dah anak 3 dah...

    ReplyDelete

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com