Peserta kedua yang terkeluar daripada saingan Gegar Vaganza 2019 malam tadi ialah Ameer Sofazr.
Nasib tidak menyebelahi Ameer yang menyanyikan lagu Samrah Mentari (Datuk Jamal Abdillah) dengan cara tersendiri.
Bertemakan Yang Aneh Aneh, 12 bintang GV2019 menyampaikan lagu yang tak pernah, tak boleh dan tak mungkin dinyanyikan dengan yakin.
Ramli MS: Dari mula sampai habis tuning tak sama. 10% je ok.
Hetty Koes Endang: Suara rendah anda terlalu tekan sampai maksud lagu tak sampai. Apabila tinggi terlalu banyak flat dan sharp. Tapi saya suka showmanship anda.
AMEER (SOFAZR), 36 TAHUN
AMIR MAHYIDIN
Apakah maksud setiap patah perkataan dalam S.O.F.A.Z.R
S : Shah
O : One
F : Fairouz
A : Ameer
Z : Zimi
R : Rodie
Filem tersendiri berjudul Sofazr The Movie – Jiwa Kacau
Lagu Popular
Dan Bila Esok
Janjiku
Salahku
Naqiu Boboy berjaya mengungguli kedudukan pertama
Ramli MS: semua lagu macam nasi ayam hang buat! Kamu punya intelektual sangat luas. Grafik emosi cantik. Kamu pandai berlakon juga, sangat bagus. Visual anda ketara.
Hetty Koes Endang: Semangat berjuang dan bertanding sangat kelihatan. Malam ini saya gembira... sukses! Jangan cepat puas.
Rizalman: Anda dianugerahkan Allah apabila menyanyi segala pergerakan keluar. Semua deria berjalan satu masa.
No comments:
Post a Comment