1.50 pagi. Time time macam ni baru settle lipat kain. Itupun kain yang sudah beberapa hari yang tidak dilipat. Haha. Bukan kerana malas tapi “acap” kali membasuh kut. Hehe. Tak sempat lipat dan basuh yang seterusnya. Bila dah nampak serabut baru la tergopoh gapah nak melipatnya. Ada sesiapa antara anda anda yang suka lenggahkan masa untuk melipat kain? Nak mudah sangkut sahaja menggunakan “hanger”.
Kalaulah ada mesin melipat kain bukan ke lebih menyenangkan!
Tapi itu hanya angan-angan, hakikatnya kita jugalah yang akan melipatnya. Jika nak harapkan anak-anak atau suami yang tolong lipat, rasa tidak puas hati pula dengan seni lipatannya, akan jadi macam-macam bentuk dan saiz.
Kalau anda anda semua nak melipat kain kan, anda haruslah mengelak dari melipat kain sambil tengok tv. Konon nak gunakan masa dengan bijak, padahal kain boleh siap lipat setengah jam tapi sudahnya movie habis selepas sejam setengah pun belum habis pergunungan kain tu dan abaikan telifon ye makcik makcik sekalian. Kalau melayan telifon sampai ke sudah kita takkan melipat. Haha. Memang tak siap la jawabnya.
Mama Ann nak kongsikan juga melipat kain lebih mudah bagi anda melipat kain di atas kawasan yang tinggi daripada bersila di atas lantai. Dengan ini tubuh badan terutama ketiak dan lengan anda tidak mudah penat ketika mengibas pakaian untuk ditegangkan.
Kalau dah angkat kain. Memula sekali gantungkan pakaian yang perlu. Hehe. Jadi pandangan mata dah boleh terima sedikit. Dalam hati kecil berkata “laaa x banyak dah baju yang kena lipat”.
Selamat Malam & Selamat Melipat Kain dengan Segera! Haha
No comments:
Post a Comment