Salam dan Selamat TengahHari Hari Rabu Semua.
“ Alohhhh laaaa awe ... berair mulut molek”
“Teringin sunggoh nok gi makan kat Pok Wie Raja Sup”
Pada TengahHari tadi kami Lunch di Kedai Makan Pok Wie Raja Sup Dekat Bulatan Jam Besar Bandar Kota Bharu Kelantan.
Kenapa kami suka dan selalu sangat makan kat sini?
Sebanarnya terlalu banyak point yang menarik tentan kedai makan ni kalau nak di ceritakan. Kami ringkaskan lah yer. Antara point nya adalah
1- Tempat Parking Yang Mudah Dan Senang Untuk Parking kereta. Biar pun lokasi kedai ni di tengah Bandar Kota Bharu.
2- Untuk menu makanan nya pula. Kami suka sangat makan Ikan Patin Tempoyak nya yang sedap lagi lazat dan Yang amat amat syor kan untuk anda semua mencubanya adalah Sup Perut Air Asam nya yang sentiasa ada perut jenis bulat atau perut muda. Sup perut ni anda semua harus mencuba yer.
3- Servis nya yang cepat dan mesra. Serta harga makanan nya yang amat amat berpatutan.
Makan panas panas nyakut!
Sedapp bedooh nahhh. Esok nak gi makey mana? Puah cemuh doh makey nasi berlauk? Lamo doh tok makey nasi sup?????
KEDAI MAKAN POK WIE RAJA SUP
BUKA setiap AHAD-KHAMIS
10.00 pagi hingga 5.00 petang
Antara menu menu yang ada :
❤️ ikan patin masak tempoyak
❤️ ikan patin bakar tempoyak
❤️ ikan patin goreng
❤ ikan keli goreng
❤ ikan keli berlada
❤ sup ekor
❤sup kaki
❤sup perut
❤ sup tulang
❤ sup terpedo
❤ sup belut
❤air asam perut
❤air asam kaki
❤air asam lidah
❤ aneka masakan panas
❤ lidah goreng
❤perut goreng
❤daging goreng
❤ paru goreng
❤DAN LAIN-LAIN LAGI
No comments:
Post a Comment