Salam dan Selamat Pagi Hari Sabtu Semua.
Kembali lagi kita di #FoodHunterInKelantan.
Pagi ini anda sudah ada idea ke nak breakfast dan lunch tu?
Hari ini kami share kan satu lokasi yang sesuai sangat untuk anda semua bawa family atau kawan kawan untuk Breakfast atau Lunch yer.
Lokasi ini ter letak di Pantai Genting Tumpat Kelantan. Nama kedai ini ialah Warung Kak Pah Ikan Bekok. Anda semua boleh lah search lokasi kedai ini menggunakan application waze atau google map yer.
Ikan bekok adalah ikan yang diproses hasil rendaman bersama garam semalaman sebelum dijemur selama empat jam. “Sebelum dimasak, baunya agak kurang menyenangkan. Namun ketika digoreng bau itu berubah menjadi aroma menyelerakan dan rasanya sangat sedap.
“Kebiasaannya untuk menghasilkan ikan bengkak, saya akan gunakan ikan layur, cencaru, kekek dan gelama. kedai makannya mengamalkan konsep layan diri dengan pelanggan yang datang hanya perlu menunjukkan ikan bengkak yang diingini sebelum ia digoreng oleh pekerja. Kami mengetahui mengenai kedai makan Kak Pah menerusi laman sosial dan terus datang mencuba.
Kami kongsikan total harga kami breakfast pagi ini yer. Memu yang kami oder adalah
4Pinggan Nasi Putih +
2Ekor Ikan Gelama Hidup +
1Ekor Ikan Gelama Bekok +
1Set Ulam ulaman + Budu +
2Gelas Air Teh O Beng = Total Semua RM37 sahaja.
Untuk pengetahuan anda semua yer LOKASI WARUNG KAK PAH IKAN BEKOK ini akan berpindah lokasi perniagaan nya yer. Lokasi itu hanya di sekitar itu juga. Nanti kita review lokasi kedai baru nya nanti yer.
Banyak lagi Info Info Menarik Yang Akan Kami Kongsikan Untuk Promosi #VisitKelantan2020
Jangan Lupa Layari Blog Ini Yer, http://www.niknurehan.com/
No comments:
Post a Comment