Jejak Sang Tawal - Berbusana Menelurusi Sejarah - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Jejak Sang Tawal - Berbusana Menelurusi Sejarah

21 December 2019

Jejak Sang Tawal - Berbusana Menelurusi Sejarah

Nik Nurehan | Saturday, December 21, 2019 | 1 Komen

Jejak Sang Tawal - Berbusana Menelurusi Sejarah

(Gimik VM2020 & Visit Kelantan 2020)

Tourism Malaysia Wilayah Timur(TMWT) melalui TIC Kota Bharu, Kelantan dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan, Jabatan Kraftangan Malaysia Negeri Kelantan, Jabatan Muzium Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Persatuan Busana Negeri Kelantan telah menganjurkan program ‘Jejak Sang Tawal’ - Busana Menelurusi Sejarah sempena Visit Kelantan 2020 dan Visit Malaysia 2020 pada hari ini, 21 Disember 2019(Sabtu) bertempat di Kampung Kraftangan, Kota Bharu, Kelantan.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Arifin Bin Haji Hussin, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan mewakili Yb Mejar Dato' Md Anizam Ab Rahman, Pengerusi Jawatan Kuasa Perpaduan Masyarakat Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan.

Program Jejak Sang Tawal diadakan bertujuan untuk menghidupkan kembali sejarah dan budaya tradisi masyarakat zaman dahulu kepada generasi muda terutana genarasi millenia untuk mengenali sejarah budaya nenek moyang mereka. Selain daripada itu, program ini untuk mempromosi dan mengggalakkan pelancong domestik dan antarabangsa untuk mengenali zon pelancongan Kota Bharu yang telah lama sedia ada serta menjadikan muzium muzium sebagai produk utama dan wajib dilawati dalam mengenali kewujudan Zaman Pemerintahan Negeri Kelantan.
Program selama satu hari ini melibatkan lebih dari 300 orang peserta yang terdiri pelbagai cabang budaya seperti Persatuan Busana Kelantan, Persatuan Silat, Persatuan Pendikir, Persatuan Gasing, Persatuan Kertuk & Rebana Ubi dan lain lain.

Antara aktiviti aktiviti yang diadakan sepanjang program adalah seperti ;
1) Senaman Tua
2) Perarakan Berbusana 
3) Pertunjukan Busana
4) Demontrasi Kuih Tradisional
5) Pertandingan Mewarna Batik
6) Pertandinhan Sefie Berbusana
7) Persembahan Silat
8 )Pertandingan Ayam Ratu
9) Gerai Jualan Barangan Kraftangan dan makanan.
#JejakSangTawal
#Singgora
#TMK2020 
#TahunMelawatKelantan2020 
#VisitKelantan2020  
#KelantanDiHati
#VisitMalaysia2020 #VM2020
#MyTravelMediaBuddy
#tourismkelantan 
#niknurehandotcom
#MEDSOS_VENTURE

Related Posts

1 comment:

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com