AirAsia bawa ‘brand Kelantan Di Hatiku' Kelantan ke seluruh dunia - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: AirAsia bawa ‘brand Kelantan Di Hatiku' Kelantan ke seluruh dunia

23 January 2020

AirAsia bawa ‘brand Kelantan Di Hatiku' Kelantan ke seluruh dunia

Nik Nurehan | Thursday, January 23, 2020 | 1 Komen
TINJAUAN PERSIAPAN PESAWAT LIVERY KELANTAN SEMPENA TMK2020

Salah satu usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam mempromosikan industri pelancongan Kelantan sempena Kempen Tahun Melawat Kelantan 2020 ialah dengan membawa nama Kelantan ke ruangan udara melalui kerjasama strategik bersama AirAsia Berhad melalui syarikat pengiklanan Laduni Services Sdn. Bhd.

Lawatan ke Pusat MRO Air Bus Sepang oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri telah disambut oleh Dato’ Aziz Bakar, Pengasas Bersama AirAsia Berhad dan pengurusan AirAsia serta Ketua Bahagian Fasiliti dan Keselamatan, Sepang Aircraft Engineering, sebuah anak syarikat Air Bus yang mengendalikan Pusat MRO ini.

Lawatan ini bagi meninjau status persiapan sebuah pesawat AirAsia yang akan memaparkan imej Kelantan. Proses menyiapkan projek pesawat Livery ini siap sepenuhnya pada minggu ini dan kempen ini akan berlangsung selama 2 tahun bagi membawa ‘branding Kelantan in the Sky’ ke seluruh destinasi-destinasi utama dengan 6 sektor penerbangan sehari dan dijangka membawa lebih 630 ribu penumpang serta 3.5 Juta views selama 2 tahun pesawat ini terbang.

Turut hadir bersama, YB Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Timbalan SUK, YM YDP MPKB-BRI, YB ADUN Tendong, YB ADUN Chempaka, Bendahari Negeri dan delegasi daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Related Posts

1 comment:

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com