Festival Kraf Tekstil Pantai Timur 2020 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Festival Kraf Tekstil Pantai Timur 2020

28 January 2020

Festival Kraf Tekstil Pantai Timur 2020

Nik Nurehan | Tuesday, January 28, 2020 | 0 Komen


Festival Kraf Tekstil Pantai Timur 2020 yang sedang berlansung di Dataran Muhammadi & Pusat Membeli belah Kbmall, Kota Bharu.

Festival Kraf Tekstik Pantai Timur 2020 kali ke2 dan merupakan inisiatif Kraftangan Malaysia dalam usaha memperkasakan dan mempromosi produk kraf tekstik iaitu batik, songket dan Tenun Pahang Diraja keluaran komuniti kraf khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Festival ini merupakan platform terbaik   dalam mengukuhkan jalinan kerjasama serta promosi dan memasarkan produk kraf tekstil tempatan di peringkat domestik sehingga global.
Dengan penyertaan seramai 71 orang usahawan kraf dari negeri negeri Pantai timur, pelbagai aktiviti menarik diadakan:
1) Jualan kraf - bidang tekstil dan perhiasan diri

2) Pameran - aktiviti Pameran Produk Baru, Pameran Kraf Komunitiku (KKK), Pameran Institut Kraf Negara (IKN), Pameran Adiguru Kraf, Pameran Standard Batik dan Ujimutu MS692:2007 (Kenali Malaysia), Songket Asli dan Mengenali Songket Asli Terengganu

3) Demonstrasi Kraf - Mencanting dan Mewarna Batik, menenun Songket dan Kain Tenun Pahang Diraja, Pembuatan Kraf Perak dan Pandai Besi.

4) Interaktif Kraf - Mencanting dan Mewarna Batik, Mewarna Seramik dan Interaktif Seramik.

5) Bicara Santai - Mengetengahkan aktiviti bual bicara iaitu Busana Pemakaian Tradisional dan Jualan Warisan.

6) Sajian Pantai Timur - Sajian Makanan Tradisional Pantai Timur seperti Nasi Kerabu Golok, Murtabak, Akok, Jala Mas, Kuih Taik Itik, Seri Kaya, Lompat Tikam, Air Tuak, Air Kelapa, Masakan WEarisan Hampir Pupus oleh Jabatan Warisan Negara Wilayah Timur, Pelbagai resepi dan produk dari ADABI serta masakan 10 Juadah Nan Berkisah ( Mengupas cerita di sebalik nama, falsafah dan ibrah resepi eksotik Negeri Kelantan.

Adalah menjadi harapan agar festival ini dapat mempopularkan hasil produk kraf tempatan bagi memenuhi kehendak pasaran domestik, pelancongan dan sektor korporat dalam & luar negara. Selain itu, peluang perniagaan kepada usahawan kraf melalui promosi ini diharap dapat menyemarak kesedaran dan minat cintakan kraf tempatan dalam kalangan Masyarajat malaysia.
Mohd Khairi MegaTransformasi Timur
Mohamad Bin Salleh
Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan
Pusat Jualan Kraf Kelantan
Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, KL
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia




#tourismmalaysia #visitkelantan2020 #tmk2020 #tourimkelantan
#sayangimalaysiaku #krafmemperkasasosioekonomirakyat #kraftanganmalaysia #cintaikrafmalaysia #niknurehadotcom #belibaranganmalaysia

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com