Majlis Menyambut Pesawat Scoot Airlines (TR0410) dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Majlis Menyambut Pesawat Scoot Airlines (TR0410) dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu

03 January 2020

Majlis Menyambut Pesawat Scoot Airlines (TR0410) dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu

Nik Nurehan | Friday, January 03, 2020 | 0 Komen
3 Januari 2020
Majlis Sambutan Visit Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu
Alhamdullilah majlis tadi, berjalan dengan lancar dan on time.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, YB. Mejar (B) Dato' Hj. Md Anizam B. Abdul Rahman turut menyertai acara sambutan yang diadakan di Lapangan Terbang Sultan ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.

Bagi meningkatkan kemeriahan majlis, kumpulan pertama penerbangan antarabangsa bagi Tahun 2020 Pesawat Scoot Airlines (TR0410) dari Singapura ini disambut dengan persembahan Kebudayaan Tradisional Kelantan dan diberikan "Kain Semutar" Tradisional Kelantan beserta Beg Cenderahati berupa barangan promosi dan cenderahati VM2020.

Antara aktivti-aktiviti diadakan petang tadi;
- Pemberian 'Kain Semutar' dan Pemberian Goodies kepada semua penumpang yang tiba
- Persembahan Kebudayaan Artis JKKN
- Persembahan Silat
- Pengiring Berbusana Tradisi Lengkap JKKN
- Sidang Media

#vm2020 #VisitMalaysia2020 #MalaysiaTrulyAsia



Misi utama Visit Malaysia 2020 ialah untuk menyatukan semua wakil industri untuk bekerjasama mencapai satu matlamat, sambik menarik pelancong dari serata dunia untuk merasai sendiri keunikan dan keaslian Malaysia sebagai sebuah destinasi pelacongan yang unggul.

Kempen Visit Malaysia 2020 ini berlandaskan objektiv Wawasan 2020 di mana fokus utama adalah pada kesinambungan dan kelestarian pelancongan, seni dan budaya dan pada waktu yang sama memberikan kesan ekonomi dan sosial yang positif bagi masyarakat setempat.
Malaysia telah menetapkan sasaran 30 juta kedatangan pelancong luar serta hasil pendapatan pelancongan sebanyak RM 100 billion sempena VM2020. Berpandukan slogan "Visit Truly Asia Malaysia 2020", kempen VM2020 menjanjikan sambutan hangat yang dipenuhi dengan pelbagai perayaan dan acara menarik sepanjang tahun.

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com