RM 30 E-TUNAI RAKYAT E- WALLET INTIATIVE
Alhamdullilah. Pagi isnin yang 👍🏻
Pagi pagi dah terima “ang pow” percuma dari Kerajaan Malaysia dengan RM30 kredit e-wallet.
Ianya bertujuan untuk mempromosikan kegunaan e-wallet di Malaysia. Kerana rezeki jangan ditolak. Mana mungkin nak tolak kan.
Program e-Tunai Rakyat akan berakhir pada 14 Mac 2020, jadi anda ada dua bulan untuk mengguna wang percuma ini. Kredit yang tidak dibelanjakan selepas tarikh ini akan hilang dari akaun anda.
Jom kita membeli-belah dan nikmati wang percuma ini! Terima Kasih.
Program ini adalah inisiatif Belanjawan 2020 oleh kerajaan untuk menggalakan transaksi tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia
Program ini juga bertujuan untuk memupuk gerakan digital yang lebih selamat dan cekap, tidak kira sama ada anda seorang pengguna atau pemilik perniagaan.
Melalui program ini, pihak kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM450 juta yang akan diagihkan melalui satu-kali insentif digital bernilai RM30 kepada 15 juta rakyat yang layak.
Insentif ini boleh digunakan di mana-mana rakan niaga yang terlibat
Apakah nilai e-Tunai Rakyat yang akan diberi?
RM30. Secara pembayaran sekaligus sahaja ke dalam e-Dompet individu tersebut.
Siapakah yang layak menerima dana program ini?
1) Warganegara Malaysia dengan Kad pengenalan.
2) Berumur 18 tahun dan ke atas dalam tahun 2020
3) Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.
Kelayakan akan disahkan melalui data Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Bilakah program e-Tunai Rakyat akan mula dilaksanakan dan bila akan tamat?
Pemohon boleh mengemukakan permohonan program ini bermulai 15 Jan 2020.
Program ini akan tamat pada 14 Mac 2020.
GRAB
Harap maklum bahawa RM30 e-Tunai Rakyat hanya boleh dituntut sebelum atau pada 8 Mac 2020. Ia harus digunakan selewat-lewatnya pada 14 Mac 2020 dan tidak boleh dipindah milik. Tempoh laku baucar dan diskaun daripada GrabPay adalah berbeza
Apa akan berlaku kepada baki e-Tunai Rakyat yang tidak digunakan selepas 14 Mac 2020?
1 bulan lalu Terkemas kini
Segala baki yang tidak digunakan selepas 14 Mac 2020 akan luput dan tidak boleh digunakan lagi.
Berapa lamakah proses kelulusan tuntutan e-Tunai Rakyat saya?
5 hari lalu Terkemas kini
Proses kelulusan tuntutan e-Tunai Rakyat anda akan mengambil masa sehingga 5 hari.
No comments:
Post a Comment