Pasar Terapung di Pulau Suri dan Pengkalan Datu, Kelantan - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Pasar Terapung di Pulau Suri dan Pengkalan Datu, Kelantan

11 February 2020

Pasar Terapung di Pulau Suri dan Pengkalan Datu, Kelantan

Nik Nurehan | Tuesday, February 11, 2020 | 0 Komen
Bukan hanya satu, malah dua Floating Market!Kedua-dua pasar terapung itu terletak di Negeri Kelantan iaitu di Pulau Suri, Tumpat dan Pengkalan Datu, Pengkala Chepa.
Jom berperahu ke Pulau Suri. Kelantan Floating Market, Pantai Suri BerKonsep jualan yang dibuat seakan-akan pasar terapung di Thailand itu menghimpunkan pelbagai jualan, khususnya yang hanya terdapat di sekitar perkampungan pulau termasuk jeli kelapa, gula melaka, madu, nasi berlauk pagi, aneka kuih tradisional, lokan bakar dan kerabu nipah. 
"Kelantan Floating Market ini dibuka setiap hari Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 3.00 tengah hari. Dengan cara ini, meningkatkan pendapatan penduduk kampung dan memperkasakan produk yang boleh diketengahkan. Walaupun tidak sehebat pasar terapung di negara jiran ia cukup untuk memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman memesan makanan dari dalam bot. Penjual di dalam perahu dan pembeli di daratan. Terdapat beberapa meja-bangku berhampiran. Pembeli akan membeli apa sahaja juadah dan boleh makan di bangku-bangku berkenaan.Pulau Tongkang Dikelilingi sungai dan perlu melalui tiga buah pulau yang terdiri dari Pulau Teluk Renjuna, Pulau Beluru dan Pulau Seratus. Pulau Tongkang dikelilingi seratus peratus sungai, tentunya segala aktiviti harian agak terhad. 


Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com