KWSP SUDAH DILULUSKAN TUNGGU 4 MEI DIKREDITKAN KE AKAUN. ALHAMDULLILAH. - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: KWSP SUDAH DILULUSKAN TUNGGU 4 MEI DIKREDITKAN KE AKAUN. ALHAMDULLILAH.

18 April 2020

KWSP SUDAH DILULUSKAN TUNGGU 4 MEI DIKREDITKAN KE AKAUN. ALHAMDULLILAH.

Nik Nurehan | Saturday, April 18, 2020 | 0 Komen
Alhamdullilah, permohonan KWSP  I-LESTARI telah pun di luluskan. InsyaALLAH akan di kreditkan sebanyak RM500 bermula 4 MEI 2020.
Kini, KWSP memperkenalkan cara lebih mudah untuk permohonan baru serta semakan status pengeluaran i-Lestari KWSP iaitu secara atas talian.
Cara-caranya adalah :
2 – Permohonan baru, isikan semua details yang terbaru, pastikan nombor IC, Ejaan dan semua maklumat adalah betul. Jangan silap isi, terkurang angka atau huruf.
3 – Tandakan semua checkbox dan klik Hantar
4 – Bagi yang ingin semak status pengeluaran i-Lestari, klik Semak Status Permohonan di halaman utama https://ilestari.kwsp.gov.my/
Ada yang sudah buat pengeluaran di i-akaun mendapat notifikasi lulus dan hanya perlu tunggu pihak KWSP uruskan pemindahan bulanan tersebut. Mungkin data-data juga sedang dikemaskini, jadi semua ahli KWSP perlu sabar dan sentiasa mengikuti perkembangan di laman sesawang serta media sosial KWSP.
Sila Pastikan Nombor MyKad dan Nombor Telefon Bimbit adalah betul dan tepat. Permohonan melalui e-mel/ pos akan mengambil masa bagi memastikan butirannya adalah betul dan tepat. Semakan status permohonan boleh dibuat dari semasa ke semasa.
Ahli boleh melakukan transaksi melalui aplikasi i-Akaun atau menghantar emel untuk servis-servis berikut:
  1. Pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari: ilestari@epf.gov.my
  2. Penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari: ilestarimohon@epf.gov.my
  3. Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun: iakaundaftar@epf.gov.my
  4. Penghantaran borang permohonan pengekalan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus: ve2020@epf.gov.my
  5. Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP lain: https://www.kwsp.gov.my/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry
KWSP ingin memberi makluman bahawa untuk menerima pembayaran pengeluaran bermula bulan Mei, ahli boleh membuat permohonan sehingga 30 April. Untuk permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut, pembayaran pengeluaran akan bermula pada bulan berikutnya.
Ahli boleh rujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut.

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com