Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak Covid-19 baru-baru ini.
Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara e-mel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian pula, ahli KWSP juga boleh melakukannya secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
Sudah pasti jika anda memohon kemudahan pengeluaran ini secara e-mel ataupun pos ianya akan mengambil sedikit masa dan ada kemungkinan dokumen yang anda hantar tidak sampai ke tangan pihak KWSP atau tercicir.
Oleh yang demikian, pengeluaran secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) adalah satu kaedah yang sangat mudah dan cepat berbanding kaedah melalui e-mel ataupun pos.
Bagi mereka yang tidak mempunyai akses ke i-Akaun (Ahli) tak perlu bimbang kerana anda boleh memohon untuk berbuat demikian dengan bantuan pihak KWSP secara dalam talian sahaja.
Ahli kini boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my berserta dokumen sokongan seperti berikut:
- Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel; (klik di sini untuk muat turun borang); dan
- Lampiran MyKad (depan dan belakang); dan
- Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
- Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (cth: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau
- Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
- Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli
Jika pengesahan berjaya, Ahli akan:
- Menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli)
- Seterusnya Ahli hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.
Ahli hendaklah membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.
Apabila i-Akaun (Ahli) telah diaktifkan, anda sudah boleh memohon pengeluaran i-Lestari dengan mudah dan cepat. Permohonan pengeluaran i-Lestari boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) sepertimana cara berikut:
Ahli perlu log masuk ke i-Akaun (Ahli) → Pilih Tab Pengeluaran → Klik e-Pengeluaran → Klik Permohonan Baru → Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Anda juga boleh lawati laman web rasmi KWSP dan Facebook rasmi KWSP untuk segala info-info terkini berkaitan urusan i-Akaun dan pengeluaran i-Lestari.
No comments:
Post a Comment