Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan selama dua minggu lagi, sehingga 12 Mei 2020. Fasa keempat PKP akan bermula pada 29 April ini sehingga 12 Mei 2020 sejurus fasa ketiga PKP tamat pada 28 April.
Kata Muhyiddin, walaupun kes Covid-19 di negara sudah menunjukkan perkembangan yang positif, tetapi usaha-usaha membendung wabak ini perlu diteruskan sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya.
Secara keseluruhan, Malaysia telah melaksanakan PKP selama 6 minggu yang bermula pada 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
No comments:
Post a Comment