Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang tahun ini disambut agak ‘istimewa’ dan sedikit berlainan kerana kita menyambutnya dalam negara berdepan penularan Covid-19 serta tanpa Mak di sisi. Sudah 21 Hari Mak berada di Hosp. Kalau sebelum ini di Hosp Besar Sultanah Zainab di Kota Bharu tapi sekarang di Hospital Perdana Kota Bharu.
Alhamdullilah, Mak semakin sihat dari hari sebelum sebelum ini. Jadi raya kali ini berulang alik ke Hosp dibantu “bibik”. Anak anak (Cucu-Cucu) pun sudah lama tak dilihatnya semenjak berada di Hosp. Kawalan agak ketat gara gara penyakit Covid-19.
Selamat Hari Raya Aidilfiti, Maaf Zahir & Batin.
Manfaatkan sebaiknya teknologi dan medium untuk berkomunikasi selain amalkan jarak fizikal, menggunakan pelitup muka, cuci tangan dan menjaga kebersihan diri. Semoga hari raya ini tetap disambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan.Tetap menjaga keselamatan diri walau di mana juga berada.
No comments:
Post a Comment