12 JUN 2011-12 JUN 2020
Alhamdulillah……
Subhanallah…….
Syukur pada Mu….
Ya ALLAH…..
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang melanjutkan lagi usia perkahwinan kami ini agar dapat menikmati kurniaan Mu dan menambahkan amal ibadat kami buat bekalan di sana nanti……
Ya ALLAH……
kami mohon pada Mu……
berkatilah perkahwinan kami, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, anak-anak yang soleh dan solehah, nikmat kesihatan fizikal dan mental agar dapat kami menjalankan amal ibadat kami dengan sempurna……
Ya ALLAH….
berilah kami kebahagiaan kami di dunia dan kebahagiaan kami di akhirat.
Ya ALLAH lindungilah kami sekeluarga ini dari fitnah dunia dan bala bencana…..
Ya ALLAH, kami bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh kami sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.
Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan.
Ya AlLah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami.
Amin Ya AlLah.
Amin Ya Rahman.
Amin Ya Rahim.
No comments:
Post a Comment