Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan.
Kehadiran ke mesyuarat amat penting bagi menjadikan ia adil bagi semua pihak yang terlibat. Bahkan kehadiran yang penuh akan memberi semangat kepada pembentang, pendokong, pembangkang dan penasihat dalam sebuah mesyuarat.
Jika kehadiran tidak memberansangkan, maka tiadalah guna sebuah mesyuarat diwujudkan dan adalah lebih baik ia terus dijadikan arahan. Walaubagaimanapun, demi meraih keadilan bagi semua pihak, ia perlu dibentangkan ke mesyuarat dan diputuskan untuk dilaksanakan. Di sini, kerjasama dari ahli mesyuarat penting bagi menghadirkan diri dalam mesyuarat bagi tidak terlepas sebarang info yang penting sebelum idea diputuskan untuk dilaksanakan.
#kelabmediadigitaldanekplorasikelantan
No comments:
Post a Comment