Fenomeno Train To Dabong Episode 2
Program Xplorasi Kemerdekaan Minda.
Sempena Hari Kebangsaan Ke 63.
Anjuran Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin dgn Kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Mas
Setelah semua siap berehat di dalam khemah, peserta di pangil untuk mendengar taklimat dan pesanan dari guide Azuhan Ibrahim yang berpengalaman. Antara pesanan guide yang perlu di titik beratkan adalah para peserta tidak dibenarkan mandi ketika waktu hujan turun. Ini kerana akan berlaku fenomena “Kepala Air”. Fenomena yang sungguh menyeramkan. Semua orang takut kalau berlaku ni.
Peserta di beri pilihan untuk tinggal di khemah sambil menbantu untuk memasak makanan tengah hari atau pilihan untuk melakukan aktiviti panjat Gunung Stong Ke Air terjun KEM BAHA.
18peserta yang memilih untuk mendaki ke KEM BAHA, yang selebihnya memilih untuk rehat2 dan bermain air terjun di bahagian tepi khemah sambil menolong untuk memasak makanan tengah hari.
Untuk aktiviti mendaki ke Air Terjun KEM BAHA ni, kami bermula pada jam 11:30pagi. Setelah semua peserta berkumpul, Aktiviti di mulai dengan senaman meregangkan otot di kaki Gunung Stong. Dan selepas peserta semua memanaskan badan, kami pun bergerak ke pintu masuk untuk memulakan pendakian.
Kami mulai pendakian pada jam 12:15 tengah hari. Setelah pintu pagar di buka kami pun berjalan merentasi jambatan gantung dengan penuh berhati hati. Yer la kan. Jambatan tu dah la goyang, tambah pula kayu lantai tu yang dah rapuh deh kena hujan dan panas. Selepas semua peserta berjaya merentasi jambatan ini. Kami di sekali lagi di nasihatkan untuk kekal dalam kumpulan dan sentiasa berhati hati serta kita jaga kita sepanjang pendakian ini.
Maka bermulalah satu pendakian yang penuh dengan kepenatan. Pada awal nya semua paserta masih boleh senyum je di muka masing masing. Setelah 1jam pendakian kami semua tidak dapat mendengar bunyi air terjun. Di sini semua peserta sudah nampak kepenatan di wajah mereka.
Alhamdullilah, dengan semangat tidak mengalah peserta, ke semua peserta berjaya sampai ke Air Terjun KEM BAHA pada jam 1:45petang.
Sampai Je Ke tempat Air Terjum KEM BAHA dan dapat melihat keindahan Air Terjun yang cantik dan suasana yang segar itu, maka semua kepenatan terasa terus hilang. Apa lagi semua peserta terus mengambil peluang untuk mandi dan bergambar berla tar belakang kan pemandangan air terjun.
Lebih kurang jam 2:30ptg semua peserta di berkumpul dan kami semua pun memulakan perjalan menuruni gunung itu.
Perjalanan turun mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih sahaja.
Kami sampai di tempat perkhemahan di kaki gunung stok dalam jam 3:45 petang. Sampainya kami di tapak perkhemahan itu. Terus la makan nasi dengan lauk ikan sardin. Fuhh!!! Memang best la. Dah la penat tambah lapar. Jadi kami makan pun berselera betul.
Siap makan semua kami pun bersiap mandi dan berehat. Apa yang best disini. Kami semua peserta yang panjat Gunung itu semuanya tertdo dengan lena nya. Sampai kan gambar untuk waktu malam pun kami tak sempat untuk rakam kan.
Nanti baca di Episode 3.
Pengalaman masuk dalam Gua. Dan
YB Dun Dabong seorang yang terbaik.
No comments:
Post a Comment