Warung Oren is the BEST! - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Warung Oren is the BEST!

01 September 2020

Warung Oren is the BEST!

Nik Nurehan | Tuesday, September 01, 2020 | 0 Komen

Assalamualaikum. Hi followers dan juga rakan rakan baru.
Lama dah Mama Ann x berkongsi bab bab makan ni kan.
Bukan apa, sekarang ni Mama Ann tengah berpantang. Jadi tak dapat la nak bawak JJCM ni. InsyaALLAH akan bsambung episod makan makan bila slepas 100hari ya. Hahaha. (Berangan nak pantang dari makan benda benda manis ni)

Walau dalam pantang makan ni, Mama An nak berkongsi salah satu tempat makan yang best untuk sarapan pagi. Memang the best place highly recommended👍👍
Iaitu Warung Oren, Kubang Kerian.

Kenapa?
Roti paling yang Mama Ann suka ialah roti Mozza Sardin & Mozza Beef. Andai korang jumpa di tempat lain, diminta share ok. Tapiiiiii setahu Mama Ann lah, kalau sekitar Kota Bharu hanya akan jumpa roti ini di Warung Oren sahaja.
Sayu keunikkan menu yang ada di sini. Memang lain dari lain. Ala ala bersarapan pagi dengan pizza gitu. Hehe. Sekali dah makan, memang akan datang lagi ke sini, untuk makan menu yang sama. Sebab sedap sangat. 
Selain dari hidangan roti bakar dan telur separuh masak yang sinonim makan pagi, di Warung Oren ini juga boleh menikmati pelbagai makanan tempatan seperti nasi air dingin, nasi dagang, nasi lemak, nasi tumpang, nasi berlauk, dan kuih-muih.
Jadi!!! Bukan hanya ada roti okey. Makanan makanan tersebut berasaskan layan diri. Pilih jea yang mana anda rasa nak makan. Kalau roti tu memang ada pelbagai jenis roti lah. 

Jadi, untuk korang yang plan nak ke Kota Bharu, apa kata masukkan Warung Oren dalam list korang. Kedainya tak sebesar mana dengan kopitiam lain tapi dalamnya agak selesa untuk bersarapan dengan keluarga atau kawan kawan.
Everything here taste great!

Search Facebook : Warung Oren
Page : https://m.facebook.com/profile.php?id=141180186244701



Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com