Kari & Bakar Udang Ketak - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Kari & Bakar Udang Ketak

29 December 2020

Kari & Bakar Udang Ketak

Nik Nurehan | Tuesday, December 29, 2020 | 0 Komen
Bahagia betul hati isteri bila suami membantu di dapur. Bukan semuanya isteri buat, suami goyang kaki lepas tangan. Tapi alhamdullilah suami mama ringan tulang tapi ada masa berat juga. Haha. Banyak berat atau ringan itu belakang kira. Yang pasti ada kerjasama dalam jalani kehidupan harian bersama 4orang anak.

2 hari lepas, incik suami ada beli sekilo udang ketak dengan harga Rm38 di Pasar Gok Kapur, Kota Bharu. Sekilo udang ini dapat la 8 ekor jadinya 4 ekor di bakar dan baki 4 ekor lagi dibuat kari.

Tongteng tongteng terjadi lah kedua dua lauk untuk makan malam. Haishh jangan tekejut yea bukannnya makan sekali gus dapat la makan 2kali.

Resepi kari? Nati mama ann akan buat 1 post yea.

Nak hilangkan hanyirnya; siraman air yg kedua masukkan garam kasar atau biasa..masuk air sedikit..

Memang terangkat rasanya !!! seperti ketam pun ada....mesti cuba baru tahu.
Udang ketak atau udang lubuk (Thenus orientalis) ialah sejenis spesies udang kara yang boleh ditemui di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Udang lubuk mempunyai badan keper, dan boleh membesar sehingga 25 sentimeter.

Kelebihan :

1. Menjaga kesihatan jantung

2. Mencegah penyakit darah rendah

3. Menjaga kesehatan mata


Macam mana nak tahu udang tu segar. Ni lagi senang, kalau udang tu warna dah merah, janggut pon dah tanggal makna nya memang tak segar dah. Udang yang segar warna masih putih dan kepala dia tak tertanggal lagi.

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com