- Kategori 1: Ahli yang tidak mencarum sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut semasa permohonan dibuat, ataupun mereka yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% ke atas sejak tarikh 1 Mac 2020.
- Kategori 2: Ahli KWSP yang masih berkerja dan pencarum. Mereka mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020
- Permohonan i sinar boleh dilakukan secara online dengan melayari pautan ini https://isinar.kwsp.gov.my/
Permohonan boleh mula dibuat kepada pada 21 Disember 2020.
CARA MOHON I-SINAR KWSP AKAUN 1
- Layari https://isinar.kwsp.gov.my/ pada 21 Disember 2020.
- Isikan nombor MyKad / MyPR dan nombor telefon bimbit
- Tekan TERUSKAN
- Isikan nombor One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS dan Sahkan OTP. Atau Jawab Soalan Keselamatan untuk Pengesahan.
- Tetapkan amaun pilihan.
- Tetapkan Bayaran BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN.
- Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.
- Lengkapkan maklumat pembayaran dan tekan TERUSKAN.
- Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tanda v sebelum tekan HANTAR.
- Permohonan anda diterima dan akan di proses.
Bayaran pertama i Sinar akan dibuat bulan Januari 2021 selama tempoh 6 bulan dari tarikh pertama pengkreditan.
- Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.
- Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
- Masih aktif
- Milik anda
- Bukan akaun bersama
Ahli KWSP digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima transaction authorisation code (TAC) di kiosk atau kaunter KWSP dan memastikan nombor akaun bank adalah aktif.
No comments:
Post a Comment