Bahagia cara kami ❤️ - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Bahagia cara kami ❤️

13 April 2021

Bahagia cara kami ❤️

Nik Nurehan | Tuesday, April 13, 2021 | 0 Komen

Dalam dunia ini tiada orang yang sempurna. Terima diri anda seadanya. Begitu juga dengan orang lain baik pasangan, anak, ahli keluarga atau sahabat. Menyayangi tanpa syarat bermakna kita menerima kekurangan diri sendiri dan orang lain. Ketahui setiap orang dikurniakan dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri.
* mudah bila naik motor ke mall ni. Tak perlu susah payah cari parking kereta ketika ramai orang. Menyelit menyelit cepat sampai. Jimat masa, jimat minyak.
* tak dapat bawak anak anak, kesian kebosanan di rumah.
*  bila beli segala barang keperluan, nak balik itu satu keseksaan sbb banyak sangat barang tapi kami enjoy dan tak malu. Rilekkk jea kiri kanan penuhi barang. Tak hiraukan orang sekeliling memandang. Kami gembira cara kami. 

Lumrah kehidupan masa kini membuatkan semakin ramai manusia lebih mementingkan kebendaan, memandang kemewahan berbanding ketenangan, memilih untuk diri disanjungi walaupun hakikatnya jauh di sudut hati tidak ada sedikit pun rasa tenang dan bahagia.

Kebahagiaan tidak boleh didasari dengan kemewahan atau keindahan dunia semata-mata. 

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com