Motif di sebalik mengkhianati orang lain ini hanya empunya diri sahaja yang tahu. Mungkin kerana hendak berseronok? Mungkin juga faktor terdesak? Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang terlintas di hati mereka. Penyebab yang utama ialah hati. Ada sesuatu di hati mereka yang membuatkan diri mereka terasa teruja hendak mengkhianati orang lain. Dalam hati mereka ada perasaan dengki dan dendam terhadap mangsa yang disakiti. Apa yang mereka rasai selepas mengkhianati perasaan orang ialah PUAS.
Apa yang merekad PUAS sebenarnya?
Nafsu mereka yang puas. Hati yang penuh rasa iri hati, dendam, dengki dan sebagainya itulah yang akan rasa puas. Walhal mereka sebenarnya menambah sesuatu perasaan tidak tenang dalam diri. Mungkin hari ini mereka puas setelah menyakiti hati orang tapi hari seterusnya merekalah akan menjadi orang yang paling sakit, iaitu sakit di lubuk hati mereka. Pada saat itulah mereka akan menjadi orang yang paling sakit di jiwanya akibat perbuatannya itu.
Fikir-fikirkanlah kembali adakah dengan berbuat begitu apa faedah yang kita akan dapat selain memuaskan nafsu jahat sendiri? Hanya orang yang mengkhianati orang dapat menjawab soalan ini.
No comments:
Post a Comment