Memang wujud sesetengah manusia yang tidak senang melihat kejayaan orang lain dan jika boleh, mereka ingin melihat kejatuhan dan mentertawakannya.Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah hasad (dengki) kerana ia akan menghapuskan kebaikan sepertimana api menghanguskan kayu bakar." (Riwayat Abu Dawud)
Jika ada orang lain yang lebih sikit daripada mereka, akan timbul hasad dengki sama ada sedikit atau obses melampau hinggakan sanggup memfitnah atau melakukan sesuatu yang lebih buruk untuk menjatuhkan orang lain.
Kenapa setiap manusia itu berbeza-beza? Allah SWT menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan menjadikan setiap kelebihan serta kekurangan dalam sesuatu perkara sebagai ujian.
Memang rambut kita sama hitam, tapi hati lain-lain. Ada orang jenis tidak boleh tengok orang lain hidup senang. Kalau nampak orang lain lebih sikit daripadanya, mulalah hati geram tak puas hati.
Mereka rasa terancam setiap kali melihat keistimewaan dan kelebihan dinikmati orang lain. Dalam benaknya, penuh dengan firasat jahat. Sentiasa mencongak strategi dan mencari jalan bagaimana untuk menjatuhkan orang yang lebih daripadanya.
Insya-Allah, kita semua doa terbaik untuk diri sendir dan keluarga
No comments:
Post a Comment