Hadirnya si sulung cukup dinanti. Kasih tertumpah sepenuh hati. Namun, bila hadirnya yang kedua mama seakan terlupa. Sedangkan dari kejauhan si sulung memerhati.
Kasih mamanya sudah terbahagi. Makin lama dia menyepi, hatinya sunyi, cemburunya meninggi. Dan sekali lagi mama tidak sedar.. terlupa yang anak sulungnya juga punya emosi.
Mahu ucapkan kata maaf.. kerana tanpa sedar mama telah mengabaikan mu wahai penghuni pertama rahim mama.
Terlalu banyak hutang mama pada kamu dan adik-adik. Terlalu banyak pengorbanan kamu untuk mama dan papa. Kamu korbankan emosi kamu bila ibu tak punya banyak masa untuk kamu berbanding adik-adik.
Buat anak sulung mama dan anak sulung yang lain, semoga kalian sentiasa dirahmati Allah.
No comments:
Post a Comment