Tgh mgalami bengkak kaki sebelah kanan oke!!! hurm....
* Masalah bengkak kaki sewaktu hamil sebenarnya adalah antara masalah biasa yang dihadapi oleh mereka yang sedang mengandung. Kaki biasanya akan lebih membengkak apabila kandungan telah memasuki trimester ketiga fasa kehamilan. He..he
Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?
Apa yang anda alami dikenali sebagai penyakit oedema. Ia adalah akibat cecair berlebihan yang terkumpul semasa kehamilan anda. Rahim anda yang sedang membesar juga memberi tekanan pada vena anda. Kadangkala wanita hamil juga menyimpan air berlebihan, yang menjadikan keadaan bengkak lebih teruk.
Malangnya, ianya adalah mudah untuk mengalami penyakit oedema. Ianya juga agak biasa. Namun begitu, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada tangan dan muka anda, panggil doktor anda: Ianya mungkin tanda pra-eklampsia, sejenis penyakit yang serius.
Bolehkah saya mengurangkan kesan bengkak?
Untuk mengawal penyakit oedema:
- Naikkan kaki anda bila boleh. Di tempat kerja, ia dapat membantu jika anda menyimpan sebuah bangku atau setimbun buku di bawah meja anda. Di rumah, cuba baring pada sebelah kiri anda bila berpeluang.
- Pakaikan seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi.
- Minumlah air yang banyak. Yang peliknya, apabila anda kekalkan hidratan ianya dapat membantu badan anda kurangkan penyimpanan air berlebihan
- Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menunggang basikal bersenam.
- Makan makanan berkhasiat, dan jauhi sodium serta makanan yang bergaram seperti buah zaitun, ikan bilis dan kacang bergaram.
Serta jangan bimbang. Walaupun rupa buku lali yang bengkak akan menambahkan lagi rasa cemerkap anda, penyakit oedema adalah sesuatu keadaan sementara yang akan hilang sejurus selepas anda bersalin.
lepas bersalinkan oni, kaki kita bengkak gila. tkt tgk kaki sendiri time tu. ada tak, mama dgn abi yg sapukan myk pns dan pkaikan stokin. nk tunduk mmg takla sbb czer.
ReplyDeletedua kali kita pregnant, kita tak kena bengkak kaki ni masa dorg dlm prt.
aik pas bsalin baru kena ek cha. slalunya an dgr msa bsalin. hehe.
ReplyDeletean ni bekak sbelah cha. belah knan. ari ni mula sakit betis kalau jln manyak. kekekeke. adoi dugaan ;P
tp ringan dh sbb x de sbarang alahan kan, alhamdullilah.