Week 35: It's getting cramped in here! - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Week 35: It's getting cramped in here!

23 February 2012

Week 35: It's getting cramped in here!

Nik Nurehan | Thursday, February 23, 2012 | 0 Komen
Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran.

Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan.
Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap.


* Mmg pun, kejap2 masuk toilet. Mcm kencing x lawas. hehe.. Badan asyik bepeluh/panas. Kaki mula bengkak, jalan manyak mula sakit betis ;P huhu...

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com