Nabi Musa as. serta pengikutnya memiliki hari yang paling utama iaitu hari Sabtu. Nabi Isa as. pula hari Ahad, Nabi Ibrahim as. hari Isnin, Nabi Zakaria as. hari Selasa, Nabi Yahya as. hari Rabu dan Nabi Adam as. hari Khamis. Allah SWT menjadikan hari Jumaat merupakan hari yang paling istimewa untuk Nabi Muhammad SAW dan umatnya, kerana pada hari ini tersimpan keutamaan, fadhilat dan hikmah.
Pada hari Jumaat Allah meletakkan kelebihan yang tidak terhingga. Pada hari ini terciptanya nabi Adam, turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda. Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat. Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi.
Allah angkat seksa kubur pada hari Jumaat, malaikat tidak bertugas pada hari itu.
Nabi s.a.w. bersabda;"Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menyelamatkan dari ujian kubur.” –
SEJARAH HARI JUMA'AT
Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
Pernikahan anatara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah
KIAMAT juga berlaku pada hari Jumaat
dan akan turut menjadi sejarah pada umat manusia di dunia ini.
No comments:
Post a Comment