Hindari 6 pekara diakhir kehamilan - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Hindari 6 pekara diakhir kehamilan

24 May 2013

Hindari 6 pekara diakhir kehamilan

Nik Nurehan | Friday, May 24, 2013 | 0 Komen


Semakin menghampiri saat bersalin, semakin banyak ketidakselesaan dirasai oleh ibu hamil. Faktor perut yang makin membesar dan cepat penat menyebabkan perkara ini berlaku.

Selain itu ia juga akan menyebabkan ibu hamil berdepan beberapa masalah yang ada di antaranya serius. Jadi berhati-hatilah dan sebagai langkah pencegahan ikuti panduan berikut.

1. Terjatuh
Sewaktu mahu mengambil barang yang terjatuh, jangan terus membongkok. Sebaliknya lipat sedikit kedua belah kaki dan berada dalam posisi mencangkuk. Cara ini anda dapat mengurangkan risiko membongkok dan terjatuh.

Anda juga boleh meminta bantuan daripada rakan untuk mengambil barang di tempat yang tinggi. Dalam keadaan anda ketika ini, pasti teman tidak sampai hati untuk menolak permintaan anda itu. Lebih baik fikirkan janin dalam kandungan daripada perasaan malu yang menguasai diri.

2. Pedih Pada Tubuh
Keadaan pedih pada tubuh itu boleh dialami di bahagian bahu, pinggang dan punggung. Oleh itu, ketika bekerja pastikan postur tubuh berada dalam keadaan yang betul. Ketika duduk, pastikan posisinya tepat dan anda berasa selesa dengan kedudukan itu. Pastikan juga tiada tekanan di bahagian punggung dan pinggang yang boleh menyebabkan anda berasa pedih dan nyilu.

3. Pedih Ulu Hati
Tidak dinafikan wanita hamil akan mengalami keadaan pedih ulu hati. Jadi perhatikan posisi tubuh ketika duduk, menulis mahupun membaca. Jangan sampai memberi tekanan kepada bahagian ulu hati.

Ikuti juga pola pemakanan yang sesuai dengan sistem pencernaan buat wanita hamil. Disiplin makanan yang mesra wanita hamil juga perlu dipraktikkan misalnya elakkan makanan yang pedas, tajam dan berangin yang boleh mengganggu sistem percernaan.

Anda juga perlu makan dengan jumlah yang kecil tetapi kerap. Makanlah buah-buahan segar ketika di rumah dan boleh juga ambil biskut sewaktu di pejabat.

4. Sakit Kepala
Elakkan mengalami ketegangan sepanjang kehamilan. Apatah lagi sehingga ia menyebabkan anda hilang kawalan dan tumpuan sepanjang bekerja. Latih kemampuan untuk mengawal diri di saat sedang sibuk bekerja. Latihan kerehatan amat berguna untuk anda. Jika terlalu lama melayari komputer, kalihkan seketika pandangan anda di luar atau berjalan-jalan di sekitar ruang kerja anda.

5. Pengsan
Sekiranya pekerjaan anda memerlukan anda berdiri atau menuruni tangga ketika hamil, tidak salah untuk mengajukan permohonan untuk berpindah seketika di bahagian lain yang lebih selesa untuk anda.

Ia bagi menjaga kelancaran aliran darah pada kaki. Ketika berdiri yang terlalu memberi tumpuan pada sebelah kaki untuk tempoh yang lama. Sebaiknya gunakan kasut rendah. Anda juga perlu mengelakkan diri daripada diserang anemia. Justeru, ambil makanan seimbang yang kaya zat mineral

6. Sesak Nafas
Elakkan keadaan ini dengan berehat seketika sewaktu anda bekerja. Tarik nafas panjang dan perlahan-lahan sambil membayangkan udara segar memenuhi seluruh sel tubuh anda sampailah ke janin, lalu hembuskan kembali sambil merehatkan seluruh otot.

Lakukan senaman regangan yang ringan ketika duduk dan berdiri. Misalnya dengan memalingkan bahagian leher dan memusingkan bahu atau mengangkat kedua belah tangan ke atas dan menariknya ke bahagian sisi badan.

Mengapa Selalu Panas?
Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh. Walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan.

Akibatnya pakaian mudah basah. Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alamiah untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh.

Salah satunya kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan.

Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar.

Wanita hamil bagaimana pun perlu lebih berjaga-jaga sekiranya suhu tubuhnya meningkat lebih dari biasa. Barangkali ia bukan disebabkan hal di atas, tetapi akibat jangkitan kuman pada tubuh.

Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.

sumber:pa&ma

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com