Cuti cuti Deepavali, kami bawa anak anak gi makan nasi Ayam Kampung Madu Jalan Merican Telipot Kota Bharu Kelantan.Tempat ini hanya ada satu menu sahaja iaitu menu nasi panas dengan Ayam Kampung Madu sahaja. Yang menajdi tarikan kalau makan kat sini tak pernah makan luk yang sejuk. Confirm ayamnya panas panas. Disebabkan orang yang terlalu ramai memang kita harus menunggu lah. Kalau rasa nak express memang kena lupakan sahaja niat nak makan sini. Hehe. Jujur deh memang kena menunggu ayam yang digoreng. Tapi apa salahnya sambil berbual dengan teman, anak anak mahupun layan hp jadi tak la rasa nunggu lama kan.
Tempat ini memang sesuai la untuk bawa anak2 yang suka makan ayam goreng madu ni. Harga makan disini pun murah tau. Tadi kami makan 6ketul ayam kampung madu bersama 3pinggan nasi putih 2gelas air teh obeng hanya berharga RM30 ringgit sahaja. Kalau anda rasa nasi sepinggan tak cukup jangan malu jangan segan mintak aja nasi lebih. Dan jangan khuatir deh, Nasi Free!
Bagi sesiapa tak pernah makan lagi, boleh la mencubanya. Nasi berlaukkan ayam. Simple tapi padu!
Anda semua boleh like page Facebook nya
https://m.facebook.com/pages/Nasi-Ayam-Kampung-Telipot/184916944903811
Sedapnya ayam madu tu. Best betul dapat breakfast sedap pagi²
ReplyDeletebest sebab nasi dan ayam panas panas kan. tp kena tunggu la.
Delete