Retinopati diabetes adalah gangguan pembuluh darah di retina mata pesakit diabetes melitus. Kerosakan tersebut berlaku disebabkan komplikasi penyakit diabetes yang boleh menyebabkan penglihatan mata merosot dan membawa kepada buta
“Jika pesakit datang awal, sekurang-kurangnya kita boleh memberi rawatan untuk mengekalkan penglihatan yang ada.
“Jika sudah terlewat, retina yang rosak teruk tidak boleh diselamatkan lagi. Pesakit akan berdepan masalah buta seumur hidup kerana retina tidak boleh ditukar atau ditransplan, tidak seperti kornea,”
“Kebanyakan pesakit mula mengalami retinopati ini selepas 20 tahun menghidap diabetes.
“Akibat daripada komplikasi tersebut, saluran darah pada retina dan bebola mata menjadi lemah, mudah bocor dan tersumbat.
“Kebocoran tersebut mengakibatkan lemak, air dan darah memasuki retina sekali gus menjadikannya bengkak.
“Keadaan bengkak ini pula menjadi punca pandangan pesakit kabur. Ada masanya saiz serta bentuk objek yang dilihat berubah-ubah.
Bocor
“Jika keadaan ini berterusan, pesakit akan mendapati pandangan mereka diganggu oleh bintik-bintik hitam,”
30 Oct 2019. Seperti sebelum sebelum ini, ada susulan dari pakar mata di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
“Memandangkan adanya permintaan oksigen dan zat pada retina, saluran darah baharu akan tumbuh di permukaan retina untuk menampung kekurangan itu.
“Malangnya, saluran darah baharu tersebut bersifat kurang matang. Dindingnya mudah pecah dan pendarahan berlaku di belakang mata. Akibatnya, penglihatan menjadi kabur.
RAWAT SEBELUM PARAH. CEGAH SEBELUM TERLAMBAT
No comments:
Post a Comment